Khamis, 4 Februari 2010

Imam Mahdi

Siapakah Imam kamu?
Al-Quran Imamku.

Itulah jawapan yang selalu diajar kepada kita.
Pernah tak kita terfikir, soalannya "siapa", kenapa dijawab Al-Quran?
Al-Quran adalah Kalam Allah. Ia bukan manusia.
"Siapa" adalah pemimpin kita.
Pemimpin orang beriman ialah Para Nabi dan Rasul.
Selepas Rasul Terakhir, maka pemimpin kita ialah Imam kita.
Siapakah Imam kita?
Kita menggelar ramai ulama dengan gelaran Imam. Seperti Imam Shafie, Imam Ghazali dan Imam Hasan Al-Banna.
Kenapa pemerintah negara Islam tidak kita gelarkan Imam? Kenapa pisahkan politik dari agama? Itulah sekular. Agama sekular ialah Agama yang tidak bertuhan (Godless).

Siapakah Imam kamu?
Muhammad Al-Mahdi Imamku.

3 ulasan:

  1. Mazhab Syiah percaya Imam Mahdi adalah Imam mereka sejak kematian ayahnya hinggalah sekarang yang dinamakan Ghaibatul Kubra.

    Nama penuh beliau ialah Muhammmad Al-Mahdi bin Hasan Al-'Askari bin Ali Al-Hadi bin Muhammad Al-Jawwad bin Ali Ar-Ridho bin Musa Al-Kazim bin Jaafar As-Sodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husain As-Syahid bin Amirul Mukminin Ali Al-Murtadho bin Abi Thalib.

    BalasPadam
  2. Kata mereka: Ada soalan lain dalam kubur iaitu Ma Kitabuka? Ertinya: Apakah Kitab Kamu? Maka jawabnya: Al-Quran kitabi. Ertinya: Al-Quran kitabku.

    Sebelum itu, akan ditanya: Man Imamuka? Ertinya: Siapakah Imam kamu?

    Adakah kita sudah sedia dengan jawapan sebenar?

    BalasPadam
  3. Ulasan pertama di atas sudah sebut 11 nama imam Syiah. Yang tertinggal ialah imam kedua mereka iaitu Imam Hasan bin Ali bin Abi Thalib.

    Maka genaplah 12 Imam yang diimani oleh Syiah Imamiah (Itsna 'Asyariah).

    BalasPadam