Ahad, 7 Februari 2010

Periuk Besar

Pepatah mengatakan Periuk Besar, Kerak pun Besar.

Begitulah keadaan nafsu kita. Ia akan menjadi besar, mengikut rezeki yang didapatinya. Nafsu kita terbiasa dengan mengingini sesuatu yang di luar hadnya. Jika sebulan dapat RM 1,000. Maka nafsu mengingini sebanyak RM 1,100. Jika sebulan dapat RM 2,000. Maka nafsu mengingini sebanyak RM 2,100. Begitulah seterusnya hingga ke peringkat jutawan dan bilionair. Mereka tak puas dengan harta sebanyak itu. Kerana nafsu menguasai diri manusia.

Itulah hikmah kenapa Rasulullah berdoa untuk dihimpunkan ke dalam golongan miskin. Sebab orang miskin yang beriman, nafsunya mengingini lebih sedikit dari rezeki yang didapatinya. Jika sebulan dapat RM 1,000. Maka iman mereka meminta RM 900 sahaja. Duit baki RM 100 diberi kepada golongan senasib dengannya.

Ya Allah! Himpunkan aku bersama NabiMu. Jika NabiMu berserta orang miskin, jadikan aku bersama mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan