Jumaat, 5 Februari 2010

Perang Shiffin

Perang Siffin berlaku selepas perang Jamal. Perang Jamal berlaku antara tentera Khalifah yang sah, iaitu Saidina Ali dengan pasukan Basrah diketuai oleh Aisyah, Talhah dan Zubair. Kemenangan berpihak kepada tentera Khalifah. Talhah dan Zubair terbunuh dalam perang Jamal ini. Jamal maknanya unta. Dinamakan demikian kerana perang itu berhenti apabila Jamal yang dinaiki oleh Aisyah tumbang.

Seterusnya berlaku pula Perang Shiffin. Antara tentera Khalifah Ali dengan pasukan dari Syam diketuai oleh Muawiyah. Perang itu berlaku di suatu tempat bernama Shiffin. Perang ini hampir dimenangi oleh Khalifah Ali. Di waktu itu, tentera Muawiyah menjunjung Al-Quran dan meminta perang dihentikan.

Khalifah Ali tahu itu cuma tipu muslihat Muawiyah. Baginda menyuruh askarnya meneruskan perang. Tapi Khawarij tidak mahu menurut kata-katanya. Mereka setuju dengan tipudaya Muawiyah iaitu bertahkim kepada Al-Quran. Slogan Khawarij ialah La Hukma illa lillah ertinya: Tiada hukum melainkan kepada Allah.

Dalam peristiwa Tahkim, wakil Khalifah Ali dipaksakan oleh Khawarij supaya diangkat Abu Musa Al-Asy'ari, sedangkan Khalifah Ali mahu Abdullah bin Abbas. Manakala wakil Muawiyah ialah Amru bin 'As. Akhirnya Amru berjaya menipu Abu Musa. Hasil tahkim ini ialah munculnya puak Khawarij.

Selepas perang Shiffin, Saidina Ali memerangi puak Khawarij di Nahawand. Khalifah Ali berjaya mengalahkan puak ini.

Sebelum sempat meneruskan semula perang terhadap Mu'awiyah, Saidina Ali dibunuh oleh seorang Khawarij bernama Abu Muljam semasa dalam perjalanan ke Masjid untuk mengimami solat Subuh pada 19 Ramadhan tahun 41 Hijrah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan