Khamis, 26 Mei 2016

sekiranya aku mati hari ini

Apakah persediaan yang aku telah lakukan untuk bertemu Allah? ibadatku tidak banyak. imanku masih lemah. sepatutnya aku takut menemui Allah. bimbang jika dosaku lebih banyak dari pahala. bila hari akhirat nanti, bagaimana nasibku pula? apakah keistimewaanku untuk mendapat layanan yang baik dari Allah? sedangkan para Nabi berjuang berhabis-habisan untuk agama Allah. Apakah perjuanganku kini? sekadar menjalani hidup dengan santai. Semoga sakit yang aku alami sekarang akan dapat menolongku kelak. aku cuba hidup zuhud dan qanaah. ku harap cara hidupku kini mendapat keredhaan Allah.

Ahad, 22 Mei 2016

Bangun Tahajud

Apakah yang anda lakukan untuk menghidupkan qiyamullail? Sekurang2nya lakukan solat 2 rakaat. Yang paling afdal ialah 12 rakaat. Hadis Nabi: Sesiapa yang melakukan solat malam 12 rakaat, maka baginya syurga. Akhiri solat tahajud anda dengan solat witir 3 rakaat.

Aris, Luqman, Zulqarnain

Ketiga-tiga nama ini disusun selepas zaman kenabian. Mereka mungkin wali Allah. Aris dalam bahasa Arab bermakna pengantin. Luqman, seorang ahli hikmah. manakala zulqarnain, pemilik 2 tanduk. Dalam pencarian diri sebenar, siapa layak menjadi Luqman? adakah AKU? Adakah Aris, seorang ayah, manakala zulqarnain, cucunya? Hanya Allah yang maha mengetahui.

3 buku yang saya terjemah

1-rihlah ibnu battuta, saya cuma terjemah kisahnya apabila sampai di rantau nusantara hingga akhir. 2-apabila matahari terbenam, kisah pejuang islam di Mesir. 3-perjanjian lama, dari teks Arab. malangnya, manuskrip terjemahan 1 dan 2 sudah hilang. yang tinggal hanya yang ketiga. saya memberanikan diri membaca kitab bible dalam versi Arab ni setelah membaca buku2 Ahmad Deedat. saya cadangkan sesiapa yang hendak baca Bible, agar terlebih dahulu baca buku2 Ahmad Deedat.

Aku bermimpi balik ke Mesir

Seperti biasa, bila mimpi balik ke Mesir, saya akan cemas. Seolah-olah tentera Mesir mengejar saya, kerana berhubung dengan ikhwan. Kali ini,perkara pertama yang saya buat ialah mencari kitab2 karangan almarhum sheikh muhammad al-ghazali. setelah terjaga dari tidur, saya meneliti kitab2 karangan beliau yang sudah ada dalam rak buku saya. masih ada kitabnya yang belum saya khatam. antaranya kitab Ma'a Allah bermaksud Bersama Allah, satu kajian tentang Dakwah. Antara kitab lain ialah Akhlak Muslim, Fiqh Sirah, Kebenaran Yang Pahit jilid ke 6 (terakhir) dan Janib Athifi sebuah syarahan kepada kitab Hikam Ibnu Athaillah. Ada ikhwah yang cadangkan saya agar menulis buku pula. Namun sekarang saya masih belajar. Antara kitab yang sedang dalam kajian saya ialah 200 wasiat ibnu Arabi. yang disemak oleh kawan saya mat esa deraman. Insya Allah, suatu hari nanti, saya ingin menulis pula.