Rabu, 28 April 2010

Ajal Menjelang

Kali ini saya nak sentuh sedikit kisah kematian 2 orang Khulafaur Rasyidin.. Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Thalib.
Umar bin Khattab dibunuh oleh Abu Lu'luah. Manakala Ali bin Abi Thalib dibunuh oleh Ibnu Muljam.
Abu Lu'lu'ah membunuh Umar kerana marah kepadanya. Abu Lu'lu'ah seorang peniaga besar. Untungnya berlipat kali ganda. Oleh itu, Umar mengenakan cukai yang besar. Tidaklah besar mana kalau dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehinya.
Bilakah Umar dibunuh? Semasa menjadi Imam solat. Abu Lu'lu'ah berpura-pura jadi makmum. Sedang solat, terus dia menikam Umar dari belakang.
Ibnu Muljam pula seorang Khawarij. Ketua mereka menghantar 3 orang untuk membunuh Ali bin Abi Thalib, Muawiyah dan Amru bin 'As. Khawarij mengatakan 3 orang ini sudah kafir dan patut dibunuh kerana melakukan peristiwa Tahkim (selepas perang Siffin).
Dalam perjalanan ke Masjid Kufah untuk solat Subuh, Ali diserang hendap oleh Ibnu Muljam.

Anak Angkat

Bermula di bumi Palestin..
Yaakub mempunyai 12 orang anak..
Yang kesebelas ialah Yusuf..
Wahyu memberitahunya Yusuf akan menjadi Nabi sepertinya..
Oleh itu, dia amat sayang kepada Yusuf.. melebihi anak-anaknya yang lain..
Menyebabkan mereka dengki kepada Yusuf dan marah kepada ayah mereka..

Akhirnya Yusuf dicampak ke dalam perigi..
Mujurlah datang satu kafilah yang menyelamatkannya..
Tapi kafilah tu menjadikannya seorang hamba untuk dijual..
Dari Palestin.. Yusuf dibawa oleh kafilah itu ke Mesir..
Di sana, Yusuf dijual sebagai hamba..
Dia dibeli oleh seorang menteri Mesir yang bergelar Al-'Aziz..
Bila balik ke rumah, dia berkata kepada isterinya, mari kita jadikannya anak angkat kita..

Kisah kedua juga berlaku di bumi Mesir..
Firaun yang zalim memerintahkan semua bayi Bani Israil dibunuh..
Ibu Musa meletakkan Musa ke dalam sebuah bakul lalu dihanyutkan ke Sungai Nil..
Arus sungai membawa Musa ke istana Firaun..
Isteri Firaun yang baik hati bernama Asiah berkata kepada Firaun, mari kita jadikannya anak angkat kita..

Isnin, 26 April 2010

Tujuan Perkahwinan

Untuk memenuhi naluri manusia. Lelaki perlukan perempuan. Begitu juga perempuan perlukan lelaki. Naluri ini sudah menjadi sebati dalam hidup kedua-dua jantina.
Itulah saja sudah satu nikmat. Dikatakan sepanjang hidup Adam dan Hawa di dalam syurga mereka tidak pernah melihat aurat pasangan mereka.

Namun apabila diturunkan ke dunia, barulah bermula episod baru dalam sejarah perkahwinan. Iaitu Adam ditugaskan memakmurkan bumi sebagai khalifah Allah. Untuk memakmurkan bumi, Adam diperintahkan untuk menurunkan zuriat yang ramai. Dikatakan anak Adam seramai 40 orang kembar. Campur seorang yang tidak berkembar iaitu Nabi Syits.

Di dunia, barulah Adam mendapat zuriat. Hawa dinamakan Hawa (ejaan betulnya ialah Hawwa') yang bermakna ibu segala kehidupan. Dari Hawa, lahirlah umat manusia.

Kembali kepada topik: Tujuan Perkahwinan. Maka kesimpulannya, asal perkahwinan manusia ialah untuk memenuhi naluri ingin kepada teman yang berlainan jantina. Kemudian, jika diizinkan Allah, ingin mendapat zuriat. Jika tiada zuriat, apa kes? Lihat kisah Nabi Ibrahim. Tiada masalah selama bertahun-tahun hidup bersama Siti Sarah tanpa zuriat. Redha dengan takdir Allah. Begitu juga Nabi Zakaria.

Apakah perlu anak angkat? Ibrahim dan Zakaria tidak mengambil anak angkat. Mereka sedar hidup di dunia adalah untuk beribadat. Mendapat zuriat maka ibadat semakin beraneka. Tidak mendapat zuriat, ibadat masih tidak cukup.

Apa masalah jika mandul? Bolehkah berkahwin? Boleh.. isteri Zakaria jelas dikatakan oleh Zakaria: Wa kanatim ra'ati 'AQIRA (ertinya: Sedangkan isteriku MANDUL).

Namun keajaiban dan mukjizat mengatasi segala-galanya. MANDUL boleh beranak.

Ramai yang berpenyakit MATI PUCUK yang berubat secara batin PULIH apabila diajar HAKIKAT TAUHID. Allah yang mematikan pucuk dan Dia yang menghidupkannya.

Sabtu, 24 April 2010

Baitul Muslim (3)

Cinta selepas kahwin atau sebelum?

Apa makna cinta? kalau cinta lawannya benci, maka perkahwinan kerana benci adalah terpaksa.
Banyak kefahaman perkahwinan yang salah disajikan kepada penonton tv sekarang. Kalau orang yang terlibat dalam pembikinan filem, akan tahu banyak skrip filem diadaptasi dari filem luar. Oleh itu, konsep kahwin yang disajikan ialah konsep yang sudah diprogram oleh media antarabangsa yang dikawal oleh musuh islam. Tujuan mereka ialah untuk menjatuhkan institusi perkahwinan tak kira agama, seterusnya merosakkan semua bangsa manusia. (Baca Protokol Zionis)

Oleh itu, kita perlu kembali kepada Al-Quran untuk mendapat gambaran sebenar sebuah perkahwinan. Tiada kahwin paksa dalam islam. Dan tiada paksaan untuk mengekalkan perkahwinan hingga akhir hayat.

Dalam al-Quran, terdapat surah yang khas untuk perceraian iaitu Surah At-Tolaq.

Dalam Islam, cinta hanya untuk Allah dan Rasul. Sebarang cinta yang lain adalah bergantung (bersyarat) kepada penerusan cinta Allah dan Rasul itu.

Keindahan poligami tidak pernah diberi kelulusan siar dalam tv. Semuanya memburuk-burukkan poligami. Seolah-olah agama Islam seperti agama Kristian yang tidak membenarkan poligami.

Baitul Muslim (2)

Nabi Ibrahim a.s. berkahwin dengan Siti Sarah. Setelah tiada zuriat begitu lama, Siti Sarah mencadangkan suaminya berkahwin dengan Siti Hajar. Baginda pun mendapat anak pertama dengan Siti Hajar yang dinamakan (Nabi) Ismail. Namun sifat cemburu mula mengganggu Siti Sarah. Akhirnya Nabi Ibrahim mendapat perintah dari Allah, supaya membawa Siti Hajar dan anaknya, Ismail ke Mekah. Ini adalah satu ujian kepada Nabi Ibrahim. Cintanya kepada anak, dikorbankan demi cinta kepada Allah.

13 tahun berselang, malaikat turun bertamu ke rumah Nabi Ibrahim di Palestin. Misi mereka ialah memusnahkan kampung Nabi Luth di Sodom. Di samping itu, tujuan mereka bertamu ialah untuk membawa khabar ajaib, Siti Sarah yang sudah tua akan mengandung. Nama anaknya akan bernama Ishak. Dan cucunya akan bernama Yaakub.

Itu saja 2 isteri Nabi Ibrahim a.s. yang dikhabarkan dalam al-Quran. Mengikut sumber lain (antaranya tersebut dalam Bible), baginda ada isteri ke-3 yang bernama Qothurah (Keturah). Wallahu a'lam.

Kisah yang masyhur lagi ialah ziarah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim terhadap anaknya Ismail yang sudah berkahwin. Kali pertama baginda ke Mekah, Nabi Ismail tiada di rumah. Hanya ada isterinya. Apabila ditanya keadaan rumahtangga mereka, isterinya mengadu kesempitan hidup. Ibrahim as pun meninggal pesan kepada menantunya: "Beritahu Ismail bila dia balik nanti, suruh dia tukar bendol rumahnya."

Ibrahim pun berangkat pulang ke Palestin (dikatakan, Ibrahim naik Buraq (wallahu a'lam). Bila Ismail balik, isterinya beritahu pesanan mertuanya. Ismail faham maksud sebenar kata-kata ayahnya itu. Dia pun menceraikan isterinya.

Setelah sekian lama, Ismail pun kahwin dengan perempuan yang lain. Sekali lagi, Ibrahim datang menziarahinya. Pendek cerita: Ibrahim mengatakan: Bagus sekali bendol baru.. Sebab isteri barunya itu cakap yang elok-elok je.

Tambahan: Nabi Luth adalah anak saudara Nabi Ibrahim yang beriman dengan dakwah Tauhid. Mereka berhijrah dari Ur di Iraq ke Palestin selepas peristiwa pembakaran yang penuh mukjizat itu. Bila sampai di sana, mereka berpecah. Ibrahim ke Quds dan Luth ke Sodom. Semasa Sodom dibinasakan, bandar jirannya yang bernama Gomorrah juga dibinasakan. Kedua-duanya diterbalikkan dan tapak kedua-dua bandar itu menjadi Laut Mati.

Jumaat, 23 April 2010

Baitul Muslim

Sejak dari Nabi Adam a.s. lagi, perkahwinan sudah mula disyarakkan. Hasil dari Baitul Muslim Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa, zuriat mereka berkembang hingga sekarang.

Anak Nabi Adam a.s. lahir berkembar. Setiap anak kembar tidak dibenarkan kahwin dengan kembarnya. Ikut ceritanya, Qabil ingin berkahwin dengan kembarnya. Sebab kembar Qabil cantik manakala kembar Habil tidak cantik. Akhirnya Qabil membunuh adiknya, Habil untuk berkahwin dengan kembarnya sendiri.

Oleh itu, pembunuhan pertama berlaku ialah kerana kahwin. Atas dasar nafsu, inginkan isteri yang cantik, maka Qabil sanggup membunuh.

Seterusnya di zaman Nabi Nuh a.s., isterinya sendiri adalah penentang kuat dakwah Tauhid yang dibawanya. Akhirnya sewaktu banjir besar, isterinya binasa bersama anaknya kerana tidak beriman.

Di zaman Nabi Luth a.s. pula, berlaku satu tradisi yang menghancurkan institusi perkahwinan iaitu homoseks. Lelaki tidak ada selera dengan perempuan. Akhirnya umat yang rosak itu dibinasakan bersama isteri Nabi Luth sendiri.

Redha Allah

Rodhitu billahi Robba
Wa bil Islami Diina
Wa bi Muhammadin Nabiyyan wa Rasula

Ertinya: Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan
Dan dengan Islam sebagai agama
Dan dengan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul

Wirid ini ada dalam Ma'tsurat. Sudah tentu ada sumber Hadisnya. Sebab wirid dalam Ma'tsurat semuanya bersumber dari hadis.

Sebelum Allah redha kepada kita, kita perlu redha sekurang-kurangnya dengan 3 perkara asas ini. Tuhan kita ialah Allah, agama kita ialah Islam dan Nabi kita ialah Muhammad. Cukupkah setakat itu? Belum..

Kita kena kenal Allah. Kita kena faham Islam. Dan kita kena ikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Dengan itu, kita berharap semoga Allah pun redha kepada kita.

Surah Al-Bayyinah ayat 8: Rodiyallahu 'anhum wa rodhu 'anhu; Ertinya: Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNya.

Itulah sifat ahli syurga.

Khamis, 22 April 2010

Hikmah Doa Iftitah

Selepas takbiratul ihram, disunatkan membaca doa iftitah.
Di dalam doa iftitah ada ungkapan wajjahtu wajhiya (Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi..). Ini dinamakan Taujih. Apa hikmah Taujih itu?

Ibnu Arabi berkata: Di sisi ahlillah (Ahli Allah), Taujih dalam satu hal (keadaan) daripada satu hal kepada satu hal daripada Allah dengan Allah kepada Allah bersama Allah di dalam Allah kerana Allah di atas Allah (maksudnya ialah) daripada Allah sebagai permulaan, dengan Allah sebagai pertolongan dan sokongan, kepada Allah sebagao matlamat dan penghabisan, bersama Allah sebagai sahabat dan muraqabah (memerhatikanNya), di dalam Allah sebagai pendekatan (pengorbanan) demiNya, di atas Allah sebagai tawakal (pergantungan) dan sandaran.

Kemudian diambil kira (iktibar) lafaz yang ditetapkan semasa Taujih, sebagaimana lafaz lain yang kami sebutkan yang terkandung dalam doa antara Takbiratul ihram dan baca surah al-Fatihah sebagai air kehidupan. Allah menjadikan dari air segala sesuatu dapat hidup. Maksudnya doa itu menghidupkan hatiku dengan zikirMu dan hidupkan anggotaku dengan ketaatan kepadaMu. Hingga ia tidak bergerak melainkan pada ketaatan semata-mata. Kerana ia akan menjadi saksi yang membenarkan pada Hari Kiamat sama ada saksi yang membela atau saksi yang mendakwa. Sebagaimana yang disebut dalam al-Quran tentang penyaksian anggota badan.

Dikira sejuk dari kesejukan Yakin seperti sejuk hujung jari yang terdapat dalam Hadis Sohih. Maka dia akan mendapat ilmu Yakin lalu merasa sejuk dengannya, sebagaimana yang dirasai oleh Hamba yang Terpilih (Nabi Muhammad s.a.w.) daripada kepanasan rindu kepada martabat-martabat yang tinggi di sisi Tuhan Yang Disucikan daripada ilmu dengan Allah. Salji dari salji hati yang kesukaannya dengan penghormatan Allah kepadanya berupa Tajalli dan SyuhudNya.

Hikmah Khutbah Jumaat

Ibnu Arabi berkata: Disyarakkan beri peringatan (dalam khutbah Jumaat) supaya ahli jemaah mendengar khatib yang menyeru kepada Allah (Al-Haqqu). Mendengar ucapannya untuk melihat apa yang dilalukan Allah di atas lidah hambaNya. Kerana khatib adalah naib (wakil) Al-Haqqu. Seolah-olah Al-Haqqu yang berkhutbah kepada hambaNya. Maka wajiblah mendengar dan diam kecuali apa perkara yang disuruh berkata-kata seperti menjawab salam dan mendoakan orang bersin apabila dia mengatakan: Alhamdulillah.

Barangsiapa yang melihat bahawa Al-Haqqu yang berkata-kata, maka wajiblah dia diam, tapi dengan mendengar, terutamanya semasa membaca Al-Quran dalam khutbah. Jika dia tidak mendengar, hendaklah dia sibukkan diri dengan keadaan yang sama dengan khatib iaitu berzikir kepada Allah, memujiNya, memberi peringatan kepada diri sendiri, mencegah dirinya, mengakui nikmat-nikmat Allah ke atas dirinya dan membaca al-Quran.

Namun semuanya hendaklah mengikut adab yang diajar oleh firman Allah: "Dan khusyuk segala suara kepada al-Rahman, maka tidak didengari kecuali bisikan" (Surah Toha: 108). Dia tidak dapat mendengar khutbah itu kerana duduknya jauh dari khatib atau telinganya pekak. Maka insan itu menjadi pemberi peringatan kepada dirinya sendiri.

Hikmah Bersuci

Ibnu Arabi menulis: Bersuci ada 2 bahagian. Bersuci yang tidak difahami makna iaitu Bersuci dari Hadas. Hadas adalah sifat nafsi (jiwa) kepada hamba. Bagaimana mungkin sesuatu boleh bersuci dari hakikatnya sendiri? Sekiranya ia bersuci dari hakikatnya, maka akan ternafilah 'ainnya. Sekiranya 'ainnya ternafi, maka siapakah yang dimukallaf (ditanggung) untuk beribadat? Tiada di sana selain Allah.

Oleh itu, kami katakan Bersuci dari Hadas adalah tidak difahami makna. Rupa Bersuci dari Hadas di sisi kami ialah apabila Al-Haqq menjadi pendengaranmu, penglihatanmu dan seluruh tubuhmu pada semua ibadatmu.

Maka Dia meng-isbat-kanmu dan me-nafi-kanmu. Maka kamu adalah kamu dari segi zatmu, dan Dia adalah Dia dari segi perbuatanmu dan kefahamanmu.

Maka kamu menjadi mukallaf (menanggung) dari segi wujud 'ainmu, menjadi tempat untuk bercakap (menerima arahan), sedangkan Dia adalah 'amil (pelaku) denganmu, dari segi bahawa tiada sebarang perlakuan bagimu. Kerana Hadas itu tiada kesan baginya pada 'ain kelakuan (perbuatan), tapi baginya hukum pada perbuatan..

Hikmah Syariat

Ramai ulamak yang menulis tentang hikmah syariat. Antaranya ialah Ibnu Arabi dalam kitab besarnya Futuhat Makkiyah. Cetakan terbaru ada 9 jilid. Jilid ke 2 penuh dengan hikmat syariat 4 rukun islam iaitu Solat, Puasa, Zakat dan Haji.

Di sini saya akan salin sedikit dari kitab itu:

hikmat azan ialah pemberitahuan tentang tajalli ilahi supaya zat-zat (hamba) disucikan dengan melihatNya (musyahadah).

hikmat iqamah ialah untuk berdiri kepada tajalliNya apabila Dia lalu pada hari manusia berdiri kepada Tuhan semesta alam.

Rabu, 21 April 2010

Demokrasi

Fenomena penolakan demokrasi nampaknya sudah masuk Malaysia.
Mereka kata haram. Bagi mereka, demokrasi adalah bertentangan dengan sistem khilafah.
Celaru benar.. itu sebuah fitnah yang perlu difahami..

Pejuang Islam di Mesir perjuangkan agar demokrasi dijalankan dengan bersih di sana. Di Turki, parti Islam menjadi pemerintah melalui demokrasi.

Habis tu, dari mana datangnya fitnah ini?

Pengasas Hizbut Tahrir ialah orang Lubnan. Taqiyuddin Nabhani. Suasana politik Lubnan amat rumit. Fathi Yakan ada menulis sebuah buku kecil tentang keadaan di sana.

Khilafah adalah salah satu agenda Ikhwan Muslimin. Ia dapat ditegakkan setelah Daulah Islam di seluruh dunia bersatu. Masalah yang perlu difikirkan sekarang ialah bagaimana nak memastikan Daulah Islam menjadi realiti? Apa ciri-ciri sebuah Daulah Islam?

Khilafah adalah sebuah kuasa besar dunia. Sekarang kuasa besar dunia adalah di tangan Non Muslim. Mereka tidak akan membenarkan ada pesaing.

Sejak kejatuhan Khilafah di Turki pada tahun 1924, tak sebuah pun negara Islam yang bersuara untuk menyambungnya. Arab Saudi dan Mesir dikatakan cuba memakai title itu, tapi mereka lemah.

Selasa, 20 April 2010

Ilmu Geografi

Pangea

Superbenua Pangea merupakan benua tua yang ada pada 225 juta tahun lalu. Benua Pangea ini merupakan hasil rekonstruksi benua-benua yang ada saat ini yang dikembalikan menjadi satu superbenua yang terdiri atas kerak-kerak benua.

Pangaea atau Pangea (pan berarti keseluruhan, seluruh dan gaia berarti Bumi dalam Bahasa Yunani Kuno) adalah Superbenua yang sangat besar pada zaman Paleozoikum dan Mesozoikum sekitar 250-225 juta tahun yang lalu, sebelum akhirnya terbelah atau terpecah menjadi beberapa potong benua atau lempeng lalu menyebar ke seluruh permukaan bumi.

Banyak teori yang menjelaskan “berkumpulnya” kembali benua-benua ini setelah sebelumnya terapung-apung. Teori lempeng tektonik ini juga mengenal semacam siklus pergerakan benua-benua ini yang terpisah-berkumpul-terpisah … yang terjadi berulang-ulang.

Supercontinent Pangea ini akhirnya terpecah menjadi dua menjadi Gondwana dan Laurasia.

Benua dalam geologi yang paling sering dikenal adalah Gondwana dan Lurasia. Gondwana Supercontinent mulai terpecah pecah pada masa Jura (Jurassic) (sekitar 160 juta tahun yang lampau), diawali dengan benua Afrika terpisah menuju arah utara secara perlahan.

Kemudian blok daratan besar, yang saat ini dikenal sebagai anak benua India, memisahkan diri dari supercontinent pada masa Kapur (Cretaceous) awal sekitar 125 juta tahun yang lampau. Daratan berikut yang memisahkan diri adalah yang dikenal sekarang sebagai Selandia Baru, pada masa sekitar 80 juta tahun yang lampau; diikuti daratan benua Australia dan pulau Irian bergerak menuju arah utara sekitar 55 juta tahun yang lampau.

2012 Patut Diharamkan

Anak saya tengok filem 2012.. Dia tanya: Kiamat ke?
Bukan.. Kiamat lagi dahsyat. Bintang-bintang berguguran. Planet berlanggar. Bumi hancur binasa.
Ramalan tarikh berlaku Kiamat adalah haram. Sebab Al-Quran menyatakan Kiamat itu berlaku secara tiba-tiba. Maknanya: tidak dapat dijangka.

Surah At-Takwir: (Surah 81)

[1]Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
[2]Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
[3]Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
[4]Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
[5]Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
[6]Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
[7]Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;

Isnin, 19 April 2010

Alam Ghaib

Alam ghaib adalah alam misteri.
Ramai yang tak tahu apa-apa tentang keadaan alam ghaib.
Al-Quran ada mengisahkan beberapa kejadian yang berlaku di alam ghaib. Jadi kita wajib percaya alam ghaib itu wujud.
Antara penghuni alam ghaib ialah Malaikat dan Jin. Kita tidak tahu rupa mereka, saiz mereka dan bahasa mereka.

Timbul fitnah apabila ada orang mendakwa dia boleh berinteraksi dengan alam ghaib. Apa kelayakan dia hingga dia dapat berbuat demikian?

Saya percaya kewujudan alam ghaib kerana ayah saya ajarkan. Ayah saya beritahu gurunya ajar supaya bercakap dengan mayat dalam kubur.

Apatah lagi sekarang saya berjumpa dengan seorang kawan yang sering cerita tentang alam ghaib. Kawan saya cerita, gurunya cabar, kalau dia mati, gali kuburnya. Dia beritahu jasadnya tiada di dalam kubur itu.

Banyak lagi kisah pelik yang dia ceritakan.

rezeki sebenar

Allah mempunyai beberapa Asmaul Husna yang melibatkan rezeki kita.
Antaranya Ar-Rozzaq yang bermakna Pemberi Rezeki.
Al-Karim yang bermakna Pemurah.
Al-Qobidh yang bermakna Penahan Rezeki. (seperti menggenggam tangan)
Al-Basith yang bermakna Peluas Rezeki. (seperti membuka tangan)

Ramai yang salah anggap dalam mencari Rezeki.
Sebenarnya rezeki kita ada hadnya. Apabila sudah habis hadnya, maka kita pun dimatikan.

Rezeki bukan sekadar harta benda.
Anak pinak adalah rezeki. Kesihatan adalah rezeki. Kegembiraan adalah rezeki.

Ahad, 18 April 2010

Pokok itu

Bila ku lihat pokok itu
tergambar kisah damai yang hilang
dunia yang penuh kekejaman

Namun kadang-kala keajaiban terjadi
tunas baru tumbuh
menandakan kehidupan belum berakhir

Pokok itu
daun berguguran di musim dingin
tidak pernah terjadi di cuaca Malaysia

Sabtu, 17 April 2010

Jom chat dengan saya

Dengan adanya chatbox dalam blog ini, saya akan lebih mudah mendapat reaksi pembaca terhadap blog saya ini.

Terimakasih kepada Awit dan Doraemonmelayu.

Selasa, 13 April 2010

Compare Religion

Perbandingan agama, diskusi antara agama, amat dianjurkan dalam Islam. Namun sekiranya kalah round pertama, boleh dicuba kali kedua dan seterusnya.

Ahmed Deedat sudah berapa kali mengajak paderi Kristian membahaskan topik agama melalui sudut agama Islam dan Kristian. Mereka tetap menerima ajakan beliau walaupun dah selalu kalah dalam berhujah.

Negara kita ada banyak agama. Perkim menjalankan tugas mendidik mualaf. Mereka minat mengkaji Islam untuk menolak kepercayaan lama mereka. Itu sudut positif.

Sudut negatif ialah agenda Kristian Sedunia yang merancang untuk menarik umat Islam ke dalam agama mereka. Gejala Murtad sudah agak meluas sekarang.

Adakah kita kehabisan hujah untuk menarik semula golongan murtad itu ke sisi Islam?

Kita tahu dunia sekarang dikuasai oleh Barat. Pelbagai budaya Barat dieksport ke negara Islam. Media massa dikuasai sepenuhnya oleh Barat. Sistem politik diceduk dari Barat. Fesyen baju pun dari Barat. Makanan pun dari Barat. Sukan pun dari Barat.

Langkah terakhir ialah Agama pun ikut Agama Barat.

Ahad, 11 April 2010

Tafsir Mizan 20 jilid

الميزان في تفسير القران كتاب علمي فني، فلسفي، أدبي تاريخي، روائي، اجتماعي، حديث يفسر القرآن بالقرآن تأليف العلامة السيد محمد حسين الطباطبائي

Tafsir Al-Mizan (Neraca) adalah sebuah kitab ilmiah seni, falsafah, sastera sejarah, novel, sosial, moden - mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran - karangan 'Allamah Sayyed Muhammad Husain At-Toba-toba'i.

المقدمة: بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله الذي أنزل الفرقان على عبده ليكون للعالمين نذيرا، والصلوة على من جعله شاهدا ومبشرا ونذيرا، وداعيا الى الله باذنه وسراجا منيرا، وعلى آله الذين أذهب عنهم الرجس أهل البيت وطهرهم تطهيرا.

Mukaddimah: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji kepada Allah yang menurunkan al-Furqan ke atas hambaNya agar menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.
Selawat ke atas Nabi yang menjadi saksi, pemberi berita gembira dan peringatan. Pendakwah kepada Allah dengan izinNya dan pelita yang menerangi.
Juga ke atas keluarga baginda yang disucikan dari kekotoran.

مقدمه: نعرف فيها مسلك البحث عن معاني آيات القرآن الكريم في هذا الكتاب بطريق الاختصار التفسير (وهو بيان معاني الايات القرآنية والكشف عن مقاصدها ومداليلها) من أقدم الاشتغالات العلمية التي تعهد من المسلمين،

Mukaddimah: Kita kenal jalan pembahasan makna al-Quran secara ringkas dalam kitab ini. Tafsir ertinya penjelasan makna ayat-ayat al-Quran dan mendedahkan maksud dan madlulnya (dalil) merupakan antara usaha ilmiah yang paling awal di kalangan umat islam.

فقد شرع تاريخ هذا النوع من البحث والتنقير المسمى بالتفسير من عصر نزول القرآن كما يظهر من قوله تعالى وتقدس (كما أرسلنا فيكم رسولا منكم يتلو عليكم آياتنا ويزكيكم ويعلمكم الكتاب والحكمة الآية) البقرة - 151.

Sejarah pembahasan dan penyelidikan yang dinamakan tafsir ini bermula sejak zaman turun al-Quran sebagaimana firman Allah: "Sebagaimana Kami utuskan di kalangan kamu seorang Rasul dari kamu sendiri yang membaca ke atas kamu ayat-ayat Kami dan mensucikan kamu dan mengajar kamu al-Kitab dan al-Hikmah (Al-Baqarah ayat 151).

وقد كانت الطبقة الاولى من مفسري المسلمين جماعة من الصحابة (والمراد بهم غير علي عليه السلام، فان له وللائمة من ولده نبأ آخر سنتعرض له) كابن عباس وعبد الله بن عمر وأبي وغيرهم اعتنوا بهذا الشأن، وكان البحث يومئذ لا يتجاوز عن بيان ما يرتبط، من الآيت بجهاتها الادبية وشأن النزول وقليل من الاستدلال بآية على آية وكذلك قليل من التفسير بالروايات المأثورة عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم في القصص ومعارف المبدء والمعاد وغيرها.

Lapisan penafsir pertama adalah golongan sahabat (soal Ali dan para imam dari keturunannya akan kami bicara kemudian) seperti Ibnu Abbas dan Abdullah bin Umar dan Ubai dan selain mereka menceburi bidang ini. Kajian mereka pada waktu itu tidak lebih dari menerangkan kaitan ayat-ayat dengan arah-arah sasteranya dan peristiwa Asbabun Nuzul dan sedikit istidlal (berdalilkan) dengan satu ayat kepada ayat yang lain, begitu juga sedikit tafsir dengan riwayat-riwayat yang ma'tsur (berasal) dari Nabi s.a.a.w. berkenaan kisah-kisah, pengetahuan permulaan Kejadian Alam dan Hari Kembali dan sebagainya.

وعلى هذا الوصف جرى الحال بين المفسرين من التابعين كمجاهد وقتادة وابن أبي ليلى والشعبي والسدي وغيرهم في القرنين الاولين من الهجرة، فإنهم لم يزيدوا على طريقة سلفهم من مفسري الصحابة شيئا غير انهم زادوا من التفسير بالروايات، (وبينها روايات دسها اليهود أو غيرهم)، فأوردوها في القصص والمعارف الراجعة إلى
الخلقة كابتداء السماوات وتكوين الارض والبحار وإرم شداد وعثرات الانبياء تحريف الكتاب واشياء أخر من هذا النوع،

Keadaan ini berterusan pada lapisan penafsir dari kalangan Tabi'in seperti Mujahid, Qotadah, Ibnu Abi Laila, As-Sya'bi, As-Suddi dan lain-lain pada 2 abad pertama Hijriah. Mereka tidak menambah dari jalan pendahulu mereka dari lapisan penafsir kalangan sahabat selain dari menambah Tafsir itu dengan beberapa riwayat (antaranya dari riwayat yang dipalsukan oleh Yahudi dan lain-lain). Lalu mereka memasukkannya ke dalam kisah-kisah dan pengetahuan yang merujuk kepada kisah Penciptaan seperti permulaan penciptaan langit dan pembentukan bumi dan laut, bandar Iram Syaddad dan kesalahan para Nabi, pemalsuan al-Kitab dan lain-lain seumpamanya.

وقد كان يوجد بعض ذلك في المأثور عن الصحابة من التفسير والبحث ثم استوجب شيوع البحث الكلامي بعد النبي صلى الله عليه وآله وسلم في زمن الخلفاء باختلاط المسلمين بالفرق المختلفة من أمم البلاد المفتوحة بيد المسلمين وعلماء الاديان والمذاهب المتفرقة من جهة. ونقل فلسفة يونان إلى العربية في السلطنة الاموية أواخر القرن الاول من الهجرة، ثم في عهد العباسيين، وانتشار البحث العقلي الفلسفي بين الباحثين من المسلمين من جهة أخرى ثانية.

Tafsir sebegini setengahnya terdapat bersumber dari sahabat yang menafsir dan membahas. Kemudian berlaku perbincangan ilmu Kalam selepas Nabi s.a.a.w. pada zaman Khulafa' akibat dari percampuran umat Islam dengan golongan-golongan yang berbagai dari umat-umat negeri yang dibuka di tangan umat islam dan ulamak berbagai agama dan berbagai mazhab yang berpecah dari satu segi.

Dari segi yang lain pula berlakunya pemindahan falsafah Greek ke dalam bahasa Arab dalam kerajaan Umayyah pada akhir abad pertama Hijriah. Kemudian pada zaman Abbasiah. Dan tersebarnya kajian secara akal dan falsafah antara para pengkaji dari umat Islam.

Sabtu, 3 April 2010

Menjadi Hamba Allah

Zaman sekarang hamba sudah dihapuskan. Semua orang sudah dimerdekakan dari perhambaan.

Namun masih tinggal satu lagi yang tidak patut dihapuskan iaitu perhambaan kepada Allah. Kenapa kita mesti menjadi hamba kepadaNya? Apakah ciri-ciri seorang hamba kepada Allah itu?

Contoh terakhir yang diabsahkan oleh Al-Quran ialah Nabi Muhammad s.a.w. Dialah hamba Allah yang diakui oleh Al-Quran. Bagaimana caranya Nabi Muhammad s.a.w. lakukan hingga baginda diakui sebagai hamba Allah?

Pertama: Seorang hamba Allah tidak bertutur melainkan apa yang diwahyukan kepadanya. Dia sedar dia yang cakap tetapi dia menafikan percakapannya bukan berasal dari dirinya. Sebaliknya, ia berasal dari Allah.

Kedua: Seorang hamba Allah tidak menyimpan angan-angan yang tinggi. Sehinggakan apabila dia mati, masih ada angan-angannya yang belum tercapai.

Ketiga: Seorang hamba Allah hanya taat dan patuh kepada firman Allah.

Khamis, 1 April 2010

Kreatif sifat islamik

Ini adalah bahagian kedua kepada tajuk Amalan sesudah Mati.

Hadis Nabi: Sesiapa yang membuat satu sunnah yang baik, lalu diikuti oleh orang lain, maka dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang mengikutinya itu.

Dari hadis ini, Nabi menganjurkan umat islam supaya kreatif dalam melakukan kebajikan. Apabila kita mati, maka pahala kita akan terus dimasukkan ke dalam buku kita apabila sunnah (kebajikan) yang kita mulakan itu diikuti orang.

Oleh itu, para sahabat Nabi berlumba-lumba bertafakur memikirkan apakah sunnah (kebajikan) yang ingin mereka mulakan.

Umar mula mengumpul jemaah untuk solat terawih berjemaah. itu sunnah Umar.
Usman mula menulis Mushaf Resam `Uthmani. itu sunnah Usman.
Ali mula menyusun ilmu Nahu Arab. itu sunnah Ali.

Begitulah juga ulamak islam seterusnya mula mengarang kitab-kitab yang menjadi asas ilmu-ilmu Islam yang banyak.

Oleh itu, kita pun perlu kreatif untuk memulakan sesuatu (kebaikan) yang baru untuk diikuti oleh orang lain.