Selasa, 30 Mac 2010

Awal Agama (2)

Awal Agama adalah makrifat Allah.

Tanpa mengenali Allah, agama hanya akan menjadi simbol saja. Ibadat yang dilakukan tiada roh. Mengenali Allah tidak sama dengan mengenali makhluk. Sebab tiada satu pun makhluk dalam alam ini yang serupa dengan Allah.

Orang yang mengenali Allah ialah para Nabi dan Rasul. Setelah pintu kenabian tertutup dengan wafatnya Nabi Muhammad, maka khalifah Nabi pula yang dipilih oleh Allah untuk mengenaliNya.

Kenapa dunia belum Kiamat? Kerana Allah masih belum mentajallikan zatNya dengan tajalli yang terakhir. Apabila tajalli terakhir berlaku, maka tiada lagi kematian di dalam alam ini. Kematian akan berupa seekor kambing lalu disembelih oleh malaikat Izrail.

Ahad, 28 Mac 2010

Amalan sesudah mati

Insya Allah, saya akan sebut tentang tajuk ini.

Semua orang akan mati. Amalan orang itu pun terhenti apabila nafasnya berakhir.
Apakah pahala yang dihadiahkan kepada orang mati akan menambahkan amalannya?
Itulah antara perdebatan ulamak. Hujah masing-masing amat banyak.

Apabila disebut si fulan telah mati, seiringnya diminta bacalah al-fatihah untuknya. Apakah pahala al-fatihah itu akan dimasukkan dalam buku amalannya yang sudah ditutup?

Saya bukan ahli fekah yang mempunyai hujah masing-masing untuk menyokong pendapat mereka.

Saya sekadar budak kampung, yang apabila terjadi kematian, saya (masa budak-budak) selalunya tahlil 7 malam. Sekarang sudah kurang yang buat 7 malam, ramainya 3 malam sahaja.

Soal harta adalah soal yang menarik untuk disentuh. Harta kita sebenarnya banyak. Lebih dari yang kita perlukan. Tak percaya? Cuba bayangkan kita mati hari ini juga. Alangkah banyaknya harta kita yang akan diagih-agihkan tanpa sedikitpun mendapat pahala kepada kita. Sebabnya ia diagihkan bukan mengikut kerelaan kita.

Sekiranya kita agih-agihkan harta kita semasa kita masih sihat dan masih hidup, banyak pahala yang kita dapat.

Rabu, 24 Mac 2010

No idea

itulah yang saya alami sekarang. tiada apa yang ingin dicelotehkan.
siapa tahu beza antara kasih, sayang, cinta dan rindu?
siapakah yang patut kita cinta?
Saya cinta Allah!
Saya cinta Rasulullah!
Saya sayang ayah ibu.
Saya kasih anak.
Saya kasih isteri.
Saya rindu Imam Mahdi.
Saya rindu Nabi Isa.

Sabtu, 20 Mac 2010

1 per seribu ahli syurga

Sahih Bukhari:

Diriwayatkan oleh Abu Said Al Khudri: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Pada hari manusia dibangkitkan, Allah akan berfirman: Wahai Adam! Adam akan menjawab: Labbaik dan Sa'daik wahai Tuhan kami. Kemudian akan ada suatu panggilan yang kuat: Allah memerintahkan kamu mengambil daripada keturunan kamu untuk dimasukkan ke dalam neraka. Adam akan bertanya: Wahai Tuhanku! Berapa ramai untuk dimasukkan ke dalam api neraka? Allah akan berfirman: Daripada seribu orang, keluarkan 999. Ketika itu setiap wanita mengandung akan keguguran dan kanak--kanak akan menjadi putih rambutnya.

(dipetik dari buku Jerusalem Di Dalam Al-Quran oleh Imran Hosein ms 221)

oleh itu, berusahalah bersungguh-sungguh memanfaatkan masa di usia yang singkat ini.

Jumaat, 12 Mac 2010

Puisi Al-Amin (2)

Segala-gala gelisah, buana dan cuaca dalam pusaran hitam.
Cakar-cakar kenyit gempa halilintar dan bara yang merah
antaranya lenggang wap pasir zaman yang bahang mendera
dalam gementar nafas hemah puncak gugup berbalah, mencari
Segala-gala resah, angkasa dan lembah kerak biji kurma
tengkorak unta, karat pedang berbekas titis beku darah
Ini wajah zaman berang panas kelar liar nafas penuh gusar
suara pekikan jerih gempa halilintar hewan dalam keraguan

Kenyir dan Mayat Tertua

2 kejadian pelik berlaku di Terengganu dua tiga hari lepas.
1-Penemuan mayat tertua di Malaysia dianggarkan 15 ribu tahun. Menandakan bumi ini adalah penempatan tertua di rantau ini.
2-Kenyir yang terkenal dengan empangan terbesar di Malaysia Barat mengalami gempa kecil. Cukup mencemaskan. Struktur binaan Empangan Kenyir adakah kebal dari mengalami retakan, seterusnya pecah? Wal-'iyazubillah.
Malapetaka di bumi adalah natijah kesilapan manusiawi.

Rabu, 10 Mac 2010

Sheikhul Azhar wafat

Belasungkawa buat Sheikhul Azhar, Muhammad Tantawi yang wafat hari ini.
Al-Fatihah.
Semoga umat Islam terus menghasilkan ilmuwan dan sarjana islam yang berani menegakkan kebenaran.
Patah tumbuh hilang berganti.

Isnin, 8 Mac 2010

40 Hari Dajal

Sehari seperti setahun - Britain.
Sehari seperti sebulan - USA.
Sehari seperti seminggu - Israel.

Penafsiran hadis oleh Imran Hosein dalam bukunya: Jerusalem Di Dalam Al-Quran.
Dimasukkan dalam youtube The Arrival.

Sahih Muslim dari al-Nawwas ibn Sam'an:
(Dari buku Jerusalem ms 148)

Rasulullah s.a.w. telah menyebut tentang Dajjal di suatu pagi. Kadangkala baginda menyebut tentangnya sebagai tidak penting dan kadangkala sebagai penting (kejahatannya) seolah-olah dia berada di antara pohon-pohon kurma.

Apabila kami berjumpa dengan baginda di waktu petang dan baginda melihat (tanda-tanda takut) pada muka-muka kami, baginda bertanya: "Apakah halnya dengan kamu?" Kami menjawab: "Wahai Rasulullah, engkau telah bercakap tentang Dajjal pagi tadi (kadang-kadang sebagai) sesuatu yang tidak penting dan kadang-kadang sebagai sesuatu yang penting, sehingga kami merasakan dia berada di antara pohon-pohon kurma."

Baginda menjawab: "Aku khuatir tentang banyak perkara berkaitan kami selain daripada Dajjal. Sekiranya ia muncul ketika aku masih bersama kamu, aku akan berdepan dengannya bagi pihak kamu, dan jika dia muncul ketika aku tidak lagi bersama kamu, seseorang lelaki mesti berdepan dengannya bersendirian dan Allah s.w.t. akan menjaga setiap orang Islam bagi pihakku (dan memeliharanya dari kejahatan Dajjal. Dia (Dajjal) adalah seorang lelaki, berambut kerinting dan buta sebelah matanya. Aku membandingkannya dengan Abdul al-Uzza ibn Qatan. Sesiapa yang hidup dan melihatnya mestilah membaca pembukaan surah al-Kahfi ke atasnya. Dia akam muncul di antara Syria dan Iraq dan akan menyebarkan kejahatan ke kiri dan ke kanan. Wahai hamba Allah! Berpeganglah kepada kebenaran."

Kami bertanya baginda lagi: "Berapa lamakah dia akan hidup di atas bumi?" Baginda menjawab: "Selama empat puluh hari, satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan hari-hari berikutnya seperti hari-hari kamu."

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, cukupkah solat sehari untuk solat di mana sehari menyamai setahun?" Baginda menjawab: "Tidak, tetapi kamu mesti mengira jangka waktu tersebut (dan bersolat)." Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, berapa cepat dia akan berjalan di atas bumi?" Baginda menjawab: "Seperti awan yang ditiup angin. Dia akan mengajak manusia ke agama yang salah, mereka akan mengesahkan kepercayaan mereka kepadanya dan memberi respon mereka kepadanya.

Dajjal kemudian akan memerintahkan langit untuk menurunkan hujan yang akan menumbuhkan tanaman. Selepas itu, haiwan ternakan mereka akan menjadi gemuk dan berisi susu. Kemudian dia akan pergi ke sekumpulan orang yang lain dan mengajak mereka. Mereka akan menolak ajakannya dan dia akan beredar dari mereka, mereka akan mengalami kemarau dan mereka akan hidup melarat.

Dia akan berjalan di atas padang pasir dan berkata kepadanya: "Keluarkan khazanahmu." Khazanah-khazanah tersebut akan keluar dan berkumpul di hadapannya seperti sekawanan lebah (ini merujuk kepada minyak dan khazanah bumi yang lain).

Dia kemudiannya akan memilih seorang pemuda dan memotong tubuhnya kepada dua bahagian dan mengasingkannya kepada dua bahagian dengan jarak seperti seorang pemanah dengan sasarannya. Dia akan memanggil (pemuda) dan pemuda itu akan datang kepadanya sambil ketawa dan bergembira.

Ketika inilah Allah akan menurunkan Isa anak Maryam. Dia akan turun di menara putih di sebelah timur Damascus dengan memakai dua helai kain kuning muda dengan kedua-dua tangannya di atas kepak dua malaikat. Apabila kepalanya tunduk, akan jatuh peluh dari kepalanya dan bila dia mengangkat kepalanya semula, peluh itu akan bertebaran seperti mutiara. Setiap orang kafir yang mencium bau badannya akan mati dan nafasnya akan menjangkau sejauh penglihatannya. Dia akan mencari Dajjal sehingga ke pagar Ludd, menangkapnya dan membunuhnya.

Kemudian sekumpulan orang yang telah dilindungi oleh Allah akan datang kepada Isa anak Maryam dan dia akan menyapu muka-muka mereka seraya memberitakan tentang kedudukan mereka di dalam syurga. Di sinilah Allah akan berfirman kepada Isa a.s.: "Aku telah jadikan di antara hamba-hambaKu segolongan manusia yang tidak dapat dikalahkan; bawa orang-orang ini dengan selamat ke Tur", kemudian Allah akan menghantar Yakjuj dan Makjuj yang akan turun dari segenap cerun. Yang pertama daripada mereka akan melewati Tasik Tiberias dan meminum air darinya. Apabila yang terakhir dari mereka melewatinya, dia akan berkata: "Dahulu pernah ada air di sini."

Nabi Isa dan para sahabatnya kemudiannya akan terkepung di sini (di Tur, dan mereka akan mengalami kesusahan yang amat sangat) sehingga kepala seekor lembu akan lebih bernilai dari seratus dinar.

Rasul Allah Isa a.s. dan para sahabatnya akan berdoa ke hadrat Allah, dan Allah akan menghantar serangga yang akan menyerang leher-leher mereka dan mereka semua akan mati keesokan paginya. Nabi Isa a.s. dan sahabat-sahabatnya akan turun ke bumi dan mendapati bumi dipenuhi dengan bau bangkai yang teramat busuk. Nabi Isa a.s. dan para sahabatnya akan memohon kepada Allah yang akan menghantar burung yang lehernya seperti unta yang akan mengangkat bangkai-bangkai ini dan membuangkannya ke tempat yang dipilih Allah.

Kemudian Allah akan menurunkan hujan di mana tiada satu pun rumah yang dibuat dari tanah liat atau dari (khemah) kulit unta yang dapat mengelak darinya dan ia akan membasahi bumi sehingga ia kelihatan seperti cermin. Kemudian bumi akan diperintah dengan mengeluarkan hasilnya dan dipulihkan semula rahmatNya dan sebagai hasilnya akan tumbuh buah delima yang besar sehingga boleh dimakan oleh segolongan orang dan mereka dapat berlindung di bawah kulitnya.

Seekor lembu akan menghasilkan susu yang banyak sehingga sekumpulan orang dapat meminumnya. Unta susu pula akan memberi susu yang banyak sehingga seluruh puak tersebut boleh minum darinya. Dan kambing yang menyusu akan menghasilkan susu sehingga seluruh ahli keluarganya dapat minum darinya.

Ketika itu Allah s.w.t. akan menghantar angin yang sejuk yang akan memberi keselesaan kepada manusia sehingga ketiak mereka. Dia akan mengambil nyawa setiap Muslim dan hanya orang-orang zalim yang melakukan zina seperti seekor keldai yang akan tinggal.

Dan selepas itu akan tiba Kiamat ke atas mereka.

(Tamat hadis)

Jumaat, 5 Mac 2010

Bismillah 6

Bismillahir rahmanir rahim.
(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.)

1-Bismillahis sami'il bashiril lazi laisa kamislihi syai'un wa huwa bikulli syai'in 'alim.

(Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat, Yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.)

2-Bismillahil Khallaqil 'Alimil lazi laisa kamislihi syai'un wa huwal fattahul 'alim.

(Dengan nama Allah Yang Maha Mencipta Lagi Maha Mengetahui, Yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Membuka Lagi Maha Mengetahui.)

3-Bismillahil lazi laisa kamislihi syai'un wa huwal 'alimul khabir.

(Dengan nama Allah Yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui Lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.)

4-Bismillahil lazi laisa kamislihi syai'un wa huwal 'alimul qadir.

(Dengan nama Allah Yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui Lagi Maha Berkuasa.)

5-Bismillahil 'azizil karimil lazi laisa kamislihi syai'un wa huwal 'azizul karim.

(Dengan nama Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Pemurah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Agung Lagi Maha Pemurah.)

6-Bismillahil ghafurur rahimil lazi laisa kamislihi syai'un wa huwal ghafurur rahim.

(Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.)

Fallahu khairun hafizon wa huwa arhamur rahimin.

(Maka Allah sebaik-baik pelindung dan Dia Maha Penyayang.)

Wa sollallahu 'ala sayyidina muhammadin wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim.

(Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas para keluarga dan para sahabat baginda.)

Khamis, 4 Mac 2010

Hari Cuti

mana yang lebih dianjurkan dalam islam?
kerja setiap hari atau cuti sehari seminggu?
hari apa, jumaat atau ahad?

negeriku , terengganu, memilih hari jumaat sebagai hari cuti di jabatan kerajaan. Hasilnya, kedai lain pun tutup sama pada hari itu.

kedaiku pula jalankan perniagaan setiap hari.
pelanggan tetap ramai walaupun hari jumaat. waktu untuk solat jumaat, saya tutup dari pukul 12 hingga 4 petang. waktu lain seperti biasa.

Selasa, 2 Mac 2010

pesta buku

saya beli satu buku je kali ini.
jodolnya: jerusalem di dalam al-quran.
isteri saya beli buku ustaz zahazan 101 doa di dalam al-quran. kaifiat dan fadilat.

ada beberapa buku yang menarik.
sirah nabi karangan martin ling (English).
isu kalimah Allah kupasan Dr. Zulkifli Al-Bakri.

vcd ahmed deedat pun menarik.

Isnin, 1 Mac 2010

Puisi Al-Amin

Ditulis oleh A. Samad Said.

Syahdu awal kata, suci awal hasrat, khidmat awal hajat
Mentari teman pagi terbit, sasau inti diri yang mencari
Rindu benih cinta, sayu sisa resah, lidah batin suara
Dari jantung purbakala gedung khazanah bertanya jiwa
Hingga ke inti dicari, sampai ke akar digali, antara hilang
dan sua, bermimpi atau berjaga, resah sejarah manusia
Dijejak jalan pulang, disedia jalan datang, nurani kemudi
Inilah lembar, renyuk dan terbiar, carik paling sukar

Awal Agama

Awal agama ialah makrifat Allah
Sempurna makrifat ialah membenarkan segala yang diwahyukanNya
Sempurna pembenaran ialah tauhidkanNya
Sempurna tauhid ialah ikhlas kepadaNya