Rabu, 28 Disember 2016

Falsafah Hidup - Hamka

Tidaklah akan didapati dua manusia yang sama jalan kehidupannya dan tidak pula sama kekuatan badan dan akalnya. Tiap orang mempunyai kekuatan sendiri, berlainan kekuatan akalnya sebagaimana berlainan bentuk badannya. Bukanlah pada muka, pada suara dan pada langkah kaki sahaja dapat mengenal seseorang, bahkan sejak dalam rahim ibu sudah nyata berlainan aliran hidup itu. Tiap anak lahir ke dunia menggigit jarinya, tetapi bentuknya telah dapat dibezakan dengan anak yang lain. Tentu sahaja otaknya pun demikian pula. Di dalam otak itu terdapat tidak kurang 180,000 juta sel halus yang tidak dapat dilihat satu persatu kalau tidak dengan mikroskop. Tiap-tiapnya terbahagi kepada beberapa tumpukan berhubungan dengan tumpukan yang lain, dia mempunyai pusat pertemuan yang tidak ubahnya dengan alat pendengar menerima suara yang ada di dalam telefon. Ada satu bahagian yang menerima hubungan dari telinga, dari mata, dari hidung dan kaki, tangan dan lain-lain. Sedang yang jadi pusatnya ialah benak itu. Kita bekerja keras terus-menerus, tidak berhenti sejak kita dilahirkan, disudahi setelah kita mati. Padanyalah berdiri kehidupan. Kalau kejadian dan pekerjaan otak itu telah kita perhatikan, kita selidiki pula kehidupan dan pengalaman yang selalu ditempuh manusia dalam hidupnya, dapatlah kita mengerti apa sebabnya hal yang telah lama berlalu masih dapat kita ingat, kerana telah ada simpanan dalam perbendaharaan yang bernama benak atau otak dalam kepala kita. Orang yang mempelajari otak manusia dalam ilmu kedoktoran berpendapat susunan otak itu sangat rapi dan teguh. Jalan pekerjaan yang dilakukannya amat sulit dan sukar diselidiki lebih dalam. Sebab dia tidak seperti mesin yang dapat diketahui rahsianya oleh montir yang pandai, tetapi bahawa otak itu bekerja, mereka tidak hairan lagi, sebagaimana tidak syaknya akan adanya matahari di pertengahan siang. Susunan itu dan pekerjaannya adalah bertali, dan berhubung akal adalah menjadi asasnya. Menurut penyelidikan otak anak-anak sejak lahir sampai masanya berjuang menuju dewasa, yang dinamakan zaman pancaroba, kelihatan bertambah besar dan susunannya bertambah sulit. Bertambah besar otak itu dan bertambah bekunya, bertambah luaslah daerah usaha dalam hidupnya. Tetapi jika di dalam menuju kebesarannya pada suatu kali tiba-tiba ditimpa oleh suatu penyakit, maka jalan otak itu pun tertahan.

Rabu, 7 Disember 2016

Membuang saka

Alhamdulillah, pada 4hb Disember 2016, saya pergi ke Shah Alam untuk mengubati penyakit Skizopernia yang saya alami. Saya dirawat oleh Abang Rudi dengan bayaran rm177. Mula-mula dia membuang saka dari tubuh saya. Kemudian diajar ilmu merawat diri. Saya rasa sembuh dari sakit saya. Selain saya, yang membuat rawatan juga ialah adik ipar dan ibu mertua saya. Ilmu yang diajar diambil dari Pak Syaril yang mempelajarinya dari Hamka. Zikir yang diminta amalkan ialah Allah Hu atau Hu Allah. Saya tak tahu pun yang saya ada gangguan saka. Saya cuma tawakal berubat dengannya memandangkan ubat hospital yang saya makan nampaknya semakin tidak berkesan.

Khamis, 26 Mei 2016

sekiranya aku mati hari ini

Apakah persediaan yang aku telah lakukan untuk bertemu Allah? ibadatku tidak banyak. imanku masih lemah. sepatutnya aku takut menemui Allah. bimbang jika dosaku lebih banyak dari pahala. bila hari akhirat nanti, bagaimana nasibku pula? apakah keistimewaanku untuk mendapat layanan yang baik dari Allah? sedangkan para Nabi berjuang berhabis-habisan untuk agama Allah. Apakah perjuanganku kini? sekadar menjalani hidup dengan santai. Semoga sakit yang aku alami sekarang akan dapat menolongku kelak. aku cuba hidup zuhud dan qanaah. ku harap cara hidupku kini mendapat keredhaan Allah.

Ahad, 22 Mei 2016

Bangun Tahajud

Apakah yang anda lakukan untuk menghidupkan qiyamullail? Sekurang2nya lakukan solat 2 rakaat. Yang paling afdal ialah 12 rakaat. Hadis Nabi: Sesiapa yang melakukan solat malam 12 rakaat, maka baginya syurga. Akhiri solat tahajud anda dengan solat witir 3 rakaat.

Aris, Luqman, Zulqarnain

Ketiga-tiga nama ini disusun selepas zaman kenabian. Mereka mungkin wali Allah. Aris dalam bahasa Arab bermakna pengantin. Luqman, seorang ahli hikmah. manakala zulqarnain, pemilik 2 tanduk. Dalam pencarian diri sebenar, siapa layak menjadi Luqman? adakah AKU? Adakah Aris, seorang ayah, manakala zulqarnain, cucunya? Hanya Allah yang maha mengetahui.

3 buku yang saya terjemah

1-rihlah ibnu battuta, saya cuma terjemah kisahnya apabila sampai di rantau nusantara hingga akhir. 2-apabila matahari terbenam, kisah pejuang islam di Mesir. 3-perjanjian lama, dari teks Arab. malangnya, manuskrip terjemahan 1 dan 2 sudah hilang. yang tinggal hanya yang ketiga. saya memberanikan diri membaca kitab bible dalam versi Arab ni setelah membaca buku2 Ahmad Deedat. saya cadangkan sesiapa yang hendak baca Bible, agar terlebih dahulu baca buku2 Ahmad Deedat.

Aku bermimpi balik ke Mesir

Seperti biasa, bila mimpi balik ke Mesir, saya akan cemas. Seolah-olah tentera Mesir mengejar saya, kerana berhubung dengan ikhwan. Kali ini,perkara pertama yang saya buat ialah mencari kitab2 karangan almarhum sheikh muhammad al-ghazali. setelah terjaga dari tidur, saya meneliti kitab2 karangan beliau yang sudah ada dalam rak buku saya. masih ada kitabnya yang belum saya khatam. antaranya kitab Ma'a Allah bermaksud Bersama Allah, satu kajian tentang Dakwah. Antara kitab lain ialah Akhlak Muslim, Fiqh Sirah, Kebenaran Yang Pahit jilid ke 6 (terakhir) dan Janib Athifi sebuah syarahan kepada kitab Hikam Ibnu Athaillah. Ada ikhwah yang cadangkan saya agar menulis buku pula. Namun sekarang saya masih belajar. Antara kitab yang sedang dalam kajian saya ialah 200 wasiat ibnu Arabi. yang disemak oleh kawan saya mat esa deraman. Insya Allah, suatu hari nanti, saya ingin menulis pula.