Sabtu, 23 Jun 2012

Mesir berlaku keajaiban

Siapa sangka Ikhwanul Muslimin akan berjaya memerintah Mesir? Inilah hasil kesabaran para aktivis Islam di sana. Sudah berapa tahun mereka berjuang? Akhirnya buah sudah masak. Diharap pengalaman lama mereka dapat memberi banyak idea untuk memartabatkan ummah seterusnya. Kita tidak mahu melihat kekalahan dari segi strategi berlaku lagi di sana sebagaimana yang berlaku semasa Zaman Hasan Hudhoibi dulu (1952).

Jumaat, 15 Jun 2012

Keluarga Yasin

Bila kita baca al-Quran, surah As-Soffat, ayat 130, maka kita akan jumpa ayat ini. Salamun 'ala ilyasin. bererti: Salam sejahtera ke atas Ilyas a.s. Saya baca tafsir Al-Qurtubi tentang ayat ini. Terdapat 2 cara bacaan yang berbeza terhadap ayat ini. 1-Salamun alal yasin. 2-Salamun ala aali yasin. Qurtubi berkata: ketiga-tiga ayat ini membaca makna yang sama. Iaitu Salam sejahtera ke atas Nabi Ilyas a.s. Namun ada satu hadis yang memberi makna yang berbeza kepada tafsir ini. Hadis itu berbunyi: Para mukminin terdiri dari 4 keluarga: 1-Keluarga Ibrahim 2-Keluarga Imran 3-Keluarga Muhammad 4-Keluarga Yasin Jelas dari hadis ini, keluarga Yasin adalah berbeza dari Nabi Ilyas a.s. Soalannya, siapakah mereka? Bilakah mereka hidup? Di zaman mana? Adakah di zaman kita? Apatah lagi, ada surah Yasin yang menempatkan nama Yasin di permulaan surah. Ada hadis yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan namanya ada 4: 1-Muhammad 2-Ahmad 3-Toha 4-Yasin Adakah benar Nabi Muhammad dan Yasin adalah orang yang sama?