Rabu, 31 Oktober 2012

Kahwin cerai

Saya sudah 3 kali kahwin dan 2 kali bercerai. Kali pertama saya kahwin dengan sepupu saya. Cuma bertahan 3 bulan. Proses cerai 6 bulan. Tak sampai setahun perkahwinan kami. Kali kedua pula selama 6 tahun. Dengan jiran mak saudara saya.Dapat seorang anak lelaki. Apabila sakit saya serang saya kali kedua, isteri saya ambil keputusan untuk berpisah. Saya sakit skizopernia. Sakit ini saya hadapi setelah 6 tahun berada di Mesir. Kali ketiga kekal hingga sekarang. Sudah 6 tahun. Harap kekal hingga mati. Kali ini saya kahwin dengan anak saudara kepada emak sepupu saya.

Ahad, 14 Oktober 2012

Pilihan Nahjul Balaghah

Kata-kata Saidina Ali k.w.j: 1-Apabila seseorang Mukmin membuat saudaranya marah bermakna dia sudah berpisah daripadanya. 2-Sejahat-jahat saudara ialah orang yang terpaksa berbaik dengannya kerana paksaan menyebabkan kesusahan, maka ia adalah kejahatan yang pasti muncul dari saudara yang terpaksa berbuat baik kepadanya. Oleh itu, dia adalah sejahat-jahat saudara. 3-Allah tidak mengambil atas ahli jahil agar mereka belajar hinggalah Dia mengambil atas ahli ilmu agar mereka mengajar. (Sheikh Muhammad Abduh berkata: Sebagaimana Allah mewajibkan orang jahil agar belajar, Dia juga mewajibkan orang alim agar mengajar.) 4-Dosa yang paling besar ialah dosa yang dirasai ringan oleh pelakunya. 5-Qanaah adalah harta yang tidak akan habis. (Setengah perawi meriwayatkan kata-kata ini daripada Rasulullah s.a.w.) 6-Tiada kebaikan pada berdiam diri daripada hukum sebagaimana tiada kebaikan berkata-kata dengan kejahilan. 7-Tauhid adalah engkau tidak merasa syak padaNya, dan adil adalah engkau tidak menuduhNya. 8-Ada 2 orang lelaki yang binasa kerana saya: Orang yang mencintaiku dengan terlampau dan pendusta yang berdusta. (Ini sama dengan katanya: Binasa padaku 2 orang lelaki: Orang yang terlampau mencintaiku dan orang yang terlampau membenciku.)

Khamis, 20 September 2012

Nabi Muhammad Dihina Lagi

Macam bermusim penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW. Dulu Salman Rushdie.. kemudian pelukis karton. Sekarang penerbit Filem Innocense of Muslims (betul tak ejaan English ni?).. Setiap kali ada penghinaan, umat Islam akan bangkit.. Ada yang sampai tergadai nyawa.. Kesannya imej Islam dikotori lagi.. Kita tahu Yahudi di sebalik filem itu.. mereka sengaja nak naik darahkan umat Islam... Tapi saya belum lihat filem tu.. setakat mana penghinaan kepada Nabi kita? Adakah sekadar melakonkan watak Nabi maka ia dianggap penghinaan? Hukum Islam memang mengharamkan watak Nabi dilakonkan.. bukan setakat Nabi.. 4 khalifah besar pun diharamkan.. semata-mata untuk hormati mereka..

Sabtu, 23 Jun 2012

Mesir berlaku keajaiban

Siapa sangka Ikhwanul Muslimin akan berjaya memerintah Mesir? Inilah hasil kesabaran para aktivis Islam di sana. Sudah berapa tahun mereka berjuang? Akhirnya buah sudah masak. Diharap pengalaman lama mereka dapat memberi banyak idea untuk memartabatkan ummah seterusnya. Kita tidak mahu melihat kekalahan dari segi strategi berlaku lagi di sana sebagaimana yang berlaku semasa Zaman Hasan Hudhoibi dulu (1952).

Jumaat, 15 Jun 2012

Keluarga Yasin

Bila kita baca al-Quran, surah As-Soffat, ayat 130, maka kita akan jumpa ayat ini. Salamun 'ala ilyasin. bererti: Salam sejahtera ke atas Ilyas a.s. Saya baca tafsir Al-Qurtubi tentang ayat ini. Terdapat 2 cara bacaan yang berbeza terhadap ayat ini. 1-Salamun alal yasin. 2-Salamun ala aali yasin. Qurtubi berkata: ketiga-tiga ayat ini membaca makna yang sama. Iaitu Salam sejahtera ke atas Nabi Ilyas a.s. Namun ada satu hadis yang memberi makna yang berbeza kepada tafsir ini. Hadis itu berbunyi: Para mukminin terdiri dari 4 keluarga: 1-Keluarga Ibrahim 2-Keluarga Imran 3-Keluarga Muhammad 4-Keluarga Yasin Jelas dari hadis ini, keluarga Yasin adalah berbeza dari Nabi Ilyas a.s. Soalannya, siapakah mereka? Bilakah mereka hidup? Di zaman mana? Adakah di zaman kita? Apatah lagi, ada surah Yasin yang menempatkan nama Yasin di permulaan surah. Ada hadis yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan namanya ada 4: 1-Muhammad 2-Ahmad 3-Toha 4-Yasin Adakah benar Nabi Muhammad dan Yasin adalah orang yang sama?