Fitnah di Akhir Zaman: 1-Peperangan tak henti-henti 2-Ekonomi merudum 3-Gejala sosial berleluasa
Ahad, 14 Oktober 2012
Pilihan Nahjul Balaghah
Kata-kata Saidina Ali k.w.j:
1-Apabila seseorang Mukmin membuat saudaranya marah bermakna dia sudah berpisah daripadanya.
2-Sejahat-jahat saudara ialah orang yang terpaksa berbaik dengannya kerana paksaan menyebabkan kesusahan, maka ia adalah kejahatan yang pasti muncul dari saudara yang terpaksa berbuat baik kepadanya. Oleh itu, dia adalah sejahat-jahat saudara.
3-Allah tidak mengambil atas ahli jahil agar mereka belajar hinggalah Dia mengambil atas ahli ilmu agar mereka mengajar.
(Sheikh Muhammad Abduh berkata: Sebagaimana Allah mewajibkan orang jahil agar belajar, Dia juga mewajibkan orang alim agar mengajar.)
4-Dosa yang paling besar ialah dosa yang dirasai ringan oleh pelakunya.
5-Qanaah adalah harta yang tidak akan habis. (Setengah perawi meriwayatkan kata-kata ini daripada Rasulullah s.a.w.)
6-Tiada kebaikan pada berdiam diri daripada hukum sebagaimana tiada kebaikan berkata-kata dengan kejahilan.
7-Tauhid adalah engkau tidak merasa syak padaNya, dan adil adalah engkau tidak menuduhNya.
8-Ada 2 orang lelaki yang binasa kerana saya: Orang yang mencintaiku dengan terlampau dan pendusta yang berdusta. (Ini sama dengan katanya: Binasa padaku 2 orang lelaki: Orang yang terlampau mencintaiku dan orang yang terlampau membenciku.)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan