Fitnah di Akhir Zaman: 1-Peperangan tak henti-henti 2-Ekonomi merudum 3-Gejala sosial berleluasa
Jumaat, 15 Jun 2012
Keluarga Yasin
Bila kita baca al-Quran, surah As-Soffat, ayat 130, maka kita akan jumpa ayat ini. Salamun 'ala ilyasin. bererti: Salam sejahtera ke atas Ilyas a.s.
Saya baca tafsir Al-Qurtubi tentang ayat ini. Terdapat 2 cara bacaan yang berbeza terhadap ayat ini.
1-Salamun alal yasin.
2-Salamun ala aali yasin.
Qurtubi berkata: ketiga-tiga ayat ini membaca makna yang sama. Iaitu Salam sejahtera ke atas Nabi Ilyas a.s.
Namun ada satu hadis yang memberi makna yang berbeza kepada tafsir ini.
Hadis itu berbunyi: Para mukminin terdiri dari 4 keluarga:
1-Keluarga Ibrahim
2-Keluarga Imran
3-Keluarga Muhammad
4-Keluarga Yasin
Jelas dari hadis ini, keluarga Yasin adalah berbeza dari Nabi Ilyas a.s.
Soalannya, siapakah mereka? Bilakah mereka hidup? Di zaman mana? Adakah di zaman kita?
Apatah lagi, ada surah Yasin yang menempatkan nama Yasin di permulaan surah.
Ada hadis yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan namanya ada 4:
1-Muhammad
2-Ahmad
3-Toha
4-Yasin
Adakah benar Nabi Muhammad dan Yasin adalah orang yang sama?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan