Khamis, 4 Februari 2010

Tasauf Falsafah

Pelopor Tasauf Falsafah ialah Hallaj. Disebabkan ajaran Hallaj berbentuk falsafah, maka orang kebanyakan (masyarakat awam) tidak memahami hakikat ajaran beliau. Akibatnya, Hallaj mati di tali gantung dengan tuduhan mengajar ajaran sesat.

Seterusnya Tokoh Tasauf Falsafah ialah Ibnu Arabi. Kitab besarnya ialah Futuhat Makkiyah (cetakan terbaru sebanyak 9 jilid). Beliau dikatakan mengajar fahaman Wahdatul Wujud.

Di alam Melayu, tokoh Tasauf Falsafah ialah Hamzah Fansuri yang tinggal di Aceh. 3 bukunya dimuatkan dalam thesis PHD seorang sarjana Malaysia, Syed Najib Al-Attas.

1-Asrar 'Arifin (Rahsia para 'Arif - Mengenali Allah)
2-Syarabul 'Asyiqin (Minuman para Pencinta)
3-Al-Muntahi (Ilmu Tertinggi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan