Isnin, 8 Februari 2010

Better Life

Kenapa kita disuruh supaya berusaha untuk better life?
Apa makna better life?
Kehidupan yang lebih baik. Apa paradigmanya?
Bilakah pencarian better life akan berakhir?

Better life ialah cara kita mentafsirkan kehidupan kita.
Untuk itu, kefahaman yang mendalam perlu difikirkan.
Berfikir sesaat (sejam) lebih besar ganjarannya dari beribadat 40 tahun.

Yang berlaku sekarang ialah Sunnatullah. Kita kena fahami sunnatullah.
Kenapa dia kaya, aku tak kaya?
Kenapa dia pandai, aku tak pandai?
Kenapa dia bahagia, aku tak bahagia?

Segala-galanya bergantung kepada kefahaman kita dalam memahami Sunnatullah.
Al-Quran menghimpunkan segala Sunnatullah. Malah, banyak Sunnatullah yang sama diulang-ulangkan dalam Al-Quran.

Para Nabi dan Rasul mewakili Kebenaran. Musuh mereka mewakili Kebatilan.
Nabi Adam, musuhnya Iblis.
Nabi Nuh, musuhnya kaumnya termasuk isteri dan seorang anaknya.
Nabi Hud, musuhnya kaumnya, 'Ad.
Nabi Soleh, musuhnya kaumnya, Tsamud.
Nabi Syu'aib, musuhnya kaumnya, Madyan dan Aikah.
Nabi Musa, musuhnya Fir'aun termasuk Haman dan Qarun.
Nabi Isa, musuhnya Yahudi.
Nabi Muhammad, musuhnya Kafirin dan Munafiqin.

Itulah sunnatullah. Allah bersama Kebenaran. Musuh Allah bersama Kebatilan.

Jihad melawan musuh Allah ialah berkorban jiwa dan harta di jalan Allah.
Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Allah. Siap siaga setiap ketika. Seolah-olah maut di depan mata. Bersedia menyahut panggilan Ilahi setiap saat.

1 ulasan: