Khamis, 4 Februari 2010

Abjadiyyat Mesir

Sudah 10 tahun saya meninggalkan Mesir. Banyak perkara yang sudah dilupakan.

1-Sayyidah Zainab. Pasar Beli Ikan. Ada Masjid Zainab (Makam Zainab bin Ali bin Abu Thalib). Ada Maktabah Darut Tauzi' (terbitkan buku Ikhwan).

2-Pustaka Salam. Terletak di Husain. Dekat Universiti Azhar, kampus Kaherah. Selalu belek buku di situ selepas habis kuliah.

3-Darul I'lam. Kawasan Abdur Rasul. Menjual buku agama.

4-Masjid Ridhwan. Terletak di stesen bas, Hayyu Sabi'. Selalu solat Jumaat kat sana. Khutbahnya menarik.

5-Metro. Pengangkutan klasik di tengah bandar Kaherah. Macam keretapi dalam bandar.

6-Tramco. Van pengangkutan awam seperti teksi.

7-Asrama Hai'ah Ighasah. Pertubuhan Antarabangsa yang membantu pelajar Azhar dari pelusuk dunia. Saya duduk di asrama itu di Hayyu Tsamin beberapa tahun. Pengurusnya bernama Encik Ibrahim.

8-Matruh. Tempat perkelahan musim cuti. Terletak di sempadan Mesir - Libya.

9-'Arisy. Tempat perkelahan. Dekat Rafah. Sempadan Mesir - Palestin.

10-Sheikh Ibrahim 'Iwadh. Ulamak Azhar yang buta. Tinggal dekat stesen bas Abbasiyah. Saya talaqqi dengannya untuk pelajaran Sorof.

11-Sorofah. Tempat pengurup wang. Tukar duit dollar ke duit genih Mesir. 100 dollar sekitar 330 genih.

12-Ma'radh Dauli. Pameran buku Antarabangsa. Pesta membeli buku.

13-Haflah. Majlis Perkahwinan pelajar Malaysia. Ada nasyid dan jamuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan