Rabu, 24 Februari 2010

Bekalan Hari Kembali

Apakah yang hendak kita bawa sebagai bekalan?
Kita akan kembali kepada Allah.
Kita bukan hidup sekali.
Kita akan terus hidup selepas mati.
Mati bukan penamat kehidupan kita.

Allah berjanji untuk memberi balasan terhadap segala yang kita niatkan.
Satu kebaikan yang kita buat, akan dibalas paling sedikit 10 kali kebaikan dari sisiNya.
Satu kejahatan yang kita buat, akan dibalas dengan 1 hukuman.

Jangan main-main dengan blog yang kita tulis.
Setiap kata-kata yang kita simpan ini akan menjadi abadi selama mana ia tidak didelete.
Jika benar yang kita tulis, maka itulah "sunnah" yang kita ajar.
Setiap orang yang ikuti "sunnah" kita, maka kita akan mendapat bahagiannya nanti.

Sunnah ertinya jalan. Kita menggariskan jalan. Orang yang lalu di jalan kita akan sampai ke mana kita tunjuk itu.

Malangnya jika jalan yang kita tunjuk itu tidak berakhir dengan SYURGA.

Syurga itu adalah kampung kebahagiaan. Jalan kita mesti berakhir dengan bahagia.
Jalan ini telah ditunjuk oleh para Nabi dan Rasul.
Namun ia telah dikaburi oleh musuh mereka.

Sebaik-baik bekalan adalah TAKWA.

Apa itu TAKWA? Takwa ialah pelindung. Kita berlindung dari murka Allah. Dari neraka. Dari kesesatan. Dari dosa. Dari syaitan.

Tanpa takwa, tanpa usaha untuk mendapatkan takwa, kita masih terdedah dengan murka Allah, neraka, kesesatan, dosa dan syaitan.

Al-Quran adalah petunjuk kepada orang yang bertakwa.

Kejahilan adalah musuh utama kepada mereka.

Al-Quran adalah ilmu. Adalah nur @ cahaya. Dengan membaca al-Quran, banyak kejahilan yang dapat disingkirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan