Khamis, 4 Februari 2010

Fitnah Terbesar Dalam Islam

Saya dapati Umat Islam terpecah kepada 2 golongan. Iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Sunni) dan Syiah. Fitnah ini berlarutan hingga ke zaman sekarang. Malaysia adalah sebuah negara Sunni. Golongan Syiah amat kecil di negara kita.
Apabila ulamak Malaysia menyeru kembali kepada Islam, maka yang mereka maksudkan ialah Islam mengikut Sunni. Apa pendirian golongan Syiah terhadap seruan ulamak Sunni? Sudah tentu mereka ingin umat Islam kembali kepada Syiah.

Saya mengenali beberapa kawan dari golongan Syiah di Malaysia. Tentu saja, mereka ingin menarik saya ke dalam kelompok mereka. Apa yang saya pelajari di Universiti Azhar yang merupakan pusat pengajian Sunni sejak Mesir ditawan oleh Salahuddin Ayubi dari pemerintah Syiah Fatimiah, harus dikaji semula mengikut ajaran Syiah.

Saya kini sedang mengkaji beberapa buku mereka, antaranya: Bihar Anwar karya Al-Majlisi dan Tafsir Al-Mizan karya Tabatabai. Blog Syiah yang saya kunjungi ialah Hauzah Ummi Abiha. Di situ, saya berkenalan dengan seorang ustaz Syiah bernama Hadi. Dia online dari Indonesia.

Saya harap kajian saya ini akan memberi manfaat kepada diri saya dan seterusnya akan saya sampaikan kepada kenalan saya.

Blog saya ini bukan blog Syiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan