Sabtu, 27 Februari 2010

ilham februari terakhir

Sebagai penutup bulan ini, saya ingin meluahkan syukur kerana banyak tajuk yang sempat saya sentuh dengan ringkas sepanjang bulan ini.

Semoga bulan Mac nanti, ilham akan terus datang untuk dirakamkan dalam blog saya ini.

Buat ilham penutup, saya ingin sentuh tentang nama bayi.

Ada sesetengah bayi yang diberikan nama yang tidak serasi dengan dirinya. setelah ditukar nama, baru bayi itu akan reda menangis. macam cerita Ahmad Albab.

Saya ada seorang biras (abang kepada adik ipar) yang bernama Khairudin. Tapi keluarga mereka memanggilnya Ibrahim. Kerana namanya itu tidak sesuai dengannya.

Nama saya pun agaknya berat untuk saya pikul. lalu saya membahasakan diri saya dengan Yasin sahaja.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah menukar nama beberapa orang sahabatnya. Antaranya, Abu Bakar As-Siddiq yang asalnya bernama Abdul Ka'bah. Nabi menukarnya kepada Abdullah.

Ada bernama Syaqi (celaka) ditukar kepada nama Sa'id (gembira).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan