Khamis, 18 Februari 2010

Tarikat Sufi

(saya bukan ahli tarikat. ini pandangan saya tentang tarikat)

Berbagai tarikat sufi ada di malaysia. antaranya naqsyabandiah, qadiriah, ahmadiah, idrisiah dan lain-lain.

Saya pernah berbaiah kepada seorang tua. sekarang dia sudah tiada. Dia talqin syahadah kepada saya. Saya tidak tahu apa tarikatnya? Malam jumaat, pengikutnya berkumpul di rumahnya untuk berzikir.

Apa yang menarik tentang tarikat ialah mereka mementingkan sanad dan ijazah. Sanad mereka bersambung-sambung hingga kepada Rasulullah s.a.w.

Sampai sekarang, saya masih berpendapat saya tidak perlu menjadi ahli tarikat mana-mana pun. saya rasa cukuplah dengan amalan biasa yang diajar secara umum.

Saya merasa tidak selesa apabila dikhabarkan untuk menjadi ahli tarikat kena berzikir dengan jumlah yang banyak.

Saya ada risalah tulisan Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani yang bertajuk At-Toriq ila Allah. Di dalamnya ada beberapa ungkapan yang perlu diulang-ulang (berzikir) dengan jumlah yang banyak.

Saya berpegang kepada kalimah asal Zikir iaitu Ingat. Saya rasa hanya perlu INGAT ALLAH seberapa banyak yang mampu. Tanpa mana-mana ungkapan.

Jamaah Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hasan Al-Banna memiliki ciri-ciri tarikat sufi kerana Al-Banna pernah menyertai Tarikat Hasofiah.

Jamaah Tabligh pula ada ciri-ciri tarikat sufi kerana ada kaitan dengan Tarikat Chistiyyah.

Jamaah An-Nur di Turki yang diasaskan oleh Badi'uzzaman Said Nursi juga ada ciri tarikat sufi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan