Khamis, 4 Februari 2010

Khilafah yang Hilang

Kuasa politik Islam sudah tiada sekarang. Sejak Khilafah dihapuskan di Turki pada tahun 1924, umat islam tiada tempat bergantung dan menjadi hidangan yang dikerumuni oleh orang yang lapar. Umat Islam ramai tapi tiada nilainya seumpama buih di lautan.

Selepas Baginda Rasulullah s.a.w. wafat, kuasa politik Islam sentiasa ada silih berganti. Bermula dengan Khulafa Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abbasiah dan berakhir dengan Usmaniah.

Usaha mengembalikan politik Islam ke persada dunia di abad moden menyaksikan satu tragedi berdarah yang terjadi di seluruh dunia. Di Mesir, regim Jamal Abdul Nasser membunuh ramai pendakwah Islam yang bergabung dalam satu jamaah Islam. Di Turki, pengikut Jamaah An-Nur (Said Nursi) mengalami nasib yang sama di tangan Kamal Attaturk. Di Iraq, Saddam Husain membunuh musuh politiknya. Di Libya, Gaddafi menutup mulut suara ulama.

Kebangkitan Islam sudah dirasakan di mana-mana. Namun Firaun Dunia sedia mencantas mana-mana pucuk yang kelihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan