Khamis, 4 Februari 2010

Mengenali Allah

Allah adalah Tuhan semesta Alam. Mengenali Allah adalah prasyarat untuk diterima segala amal ibadat kita.

Allah terdiri dari 4 huruf.

Alif = mewakili Zat Allah.
Lam pertama = mewakili Sifat Allah.
Lam kedua = mewakili Asma Allah.
Ha = mewakili Af'al Allah.

Zat Allah tidak boleh dirupakan.
Sifat Allah dibahaskan secara terperinci melalui 20 sifat.
1-Wujud = Ada.
2-Qidam = Sedia sejak Azali.
3-Baqa = Kekal Abadi.
4-Mukhalafah = Tidak sama dengan makhluk.
5-Qiyamuhu = Tidak berhajat kepada makhluk.
6-Wahdaniyah = Esa.
7-Qudrat = Berkuasa.
8-Iradat = KehendakNya bebas.
9-Sama' = Mendengar.
10-Basor = Melihat.
11-Ilmu = Mengetahui segala perkara.
12-Hayyu = Hidup Abadi.
13-Kalam = Berkata-kata.

14-20 = Kaunuhu = Keadaannya bersifat dengan 7 sifat Maknawiyyah.

Asma Allah terhimpun dalam 99 Nama Asmaul Husna.

1-Ar-Rahman = Pengasih
2-Ar-Rahim = Penyayang
3-Al-Malik = Raja (Pemilik)
4-Al-Quddus = Suci
5-As-Salam = Pemberi Kesejahteraan
6-Al-Mukmin = Pemberi Keamanan
7-Al-Muhaimin = Meliputi
8-Al-'Aziz = Agung
9-Al-Jabbar = Perkasa

dan seterusnya 90 Nama yang lain.

Af'al Allah ialah perbuatan Allah. Dia menjadikan seluruh alam ini. Segala perkara yang berlaku di alam ini adalah perbuatan Allah. Tidak gugur sehelai daun pun melainkan dengan izinNya.

Topik Mengenali Allah amat luas. Ini sekedar satu permulaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan