Jumaat, 5 Februari 2010

Oh Ayah!

Ku tahu kau minat tasauf..
Terimalah hadiah dariku ini
sebuah karya silam yang diberi nafas baru
Syarah Hikam karya Tokku Pulau Manis
kini sudah dikemaskini bertulisan rumi pula

walaupun usiamu sudah melewati 70 tahun
walaupun masamu dipenuhi dengan santai
beleklah hadiahku ini sekali-sekala
semoga mengimbau sejarah silam
di waktu usiaku masih di bangku sekolah rendah

Kau bawaku ke makam Tokku Pulau Manis
membaca al-Quran di dalam permakamannya
Sambil menjirus air gelen di pintu masuknya

Masih ku ingat waktu kecil dulu
Kita beramai-ramai melakukan kenduri di situ
Entah sempena hari apa? Aku masih kecil di kala itu

Buatmu Ayahku!
Ku doakan kau panjang umur..
Sempat menyaksikan 2 orang lagi adikku yang belum berkahwin
Semoga mereka berdua sempat berkahwin
sebelum kau menutup mata
buat selama-lamanya

Hatimu Arab
Lidahku Arab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan