Ahad, 7 Februari 2010

Guru Mursyid

Saya bertuah kerana mengenali Arwah Pak Musa. Dialah guru Mursyid saya. Saya menerima Talqin Syahadah daripadanya. Rumahnya di Mengabang Tengah, Kuala Terengganu menjadi tempat pengikutnya melakukan zikir di malam Jumaat.

Ilmu pertama yang diajarkan kepada saya ialah satu perumpamaan. Iaitu:

Terdapat seorang berjalan di tengah padang pasir. Tiba-tiba, dia mendengar suatu suara. Dia mencari-cari dari manakah suara itu berbunyi? Dia pun menjumpai satu tengkorak. Rupa-rupanya suara itu dari tengkorak tersebut. Tengkorak itu kedengaran berkata: "Sudah lama aku menunggumu di sini. Tolonglah aku!"

Kemudian Pak Musa bertanya: Apakah yang awak tahu tentang perumpamaan itu? Saya tidak tahu, itu jawab saya. Dia pun berkata: Suatu masa nanti, awak akan tahu jawapannya.

Untuk mendapatkan jawapannya, saya bertanya kepada seorang tua di kampung Losong, dekat kampung saya (Durian Burung). Dia berkata: Awak carilah kisah hidup Abu Yazid Bustami. Saya pun membelek buku Tazkiratul Auliya' karya Fariduddin 'Attar. Ya! Saya jumpa jawapannya di situ. Abu Yazid berdialog dengan satu tengkorak.

Setelah itu, di akhir-akhir ini, saya kebetulan membeli buku bertajuk: Kisah-kisah Bertabur Hikmah Nahjul Balaghah karya Muhammad Muhammadi. Ada satu kisah di dalam buku itu, Saidina Ali bertemu dengan tengkorak Raja Parsi yang terkenal adil iaitu Raja Anu Syirwan.

Begitulah kisahnya saya dengan arwah guru Mursyid saya. Mengenai Talqin Syahadah ini, saya jumpa sumbernya dari kitab Iqazul Himam karya Ibnu 'Ajibah. Rasulullah talqin Syahadah kepada Saidina Ali. Rantaian Talqin ini bertali arus hingga ke zaman sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan