Ahad, 21 Februari 2010

maulid Nabi kita

Di negara kita, Maulidur Rasul disambut setiap tahun. Surau kat kampung saya (Durian Burung) adakan jamuan sempena maulid. Biasanya hari jumaat. Bermula pukul 3 petang, bacaan barzanji akan kedengaran. Pasukan barzanji dijemput dari kampung Tokku di Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Diketuai oleh Ustaz Muhammad Burdah. Bacaan akan diteruskan hingga masuk waktu Asar. Selepas solat Asar berjemaah, kami akan bangun membaca marhaban beramai-ramai. Kemudian sedikit doa. Disudahi dengan menjamu selera. Jamuan dihantar oleh penduduk setempat. Keluarga saya hantar satu hidangan je.

Ada sekali tu, seorang ustaz cuba mengubah tradisi ini. Dia cuba menyambut Maulid dengan ceramah maghrib dan jamuan selepas isyak. Tapi penduduk setempat menolaknya. Mereka tetap menjemput pasukan Barzanji itu. Akhirnya ustaz itu mendirikan surau lain agak jauh dari surau kampung saya itu. Malam Nisfu Syaaban pun, dia cuba gantikan bacaan Yasin 3 kali itu dengan ceramah maghrib. Kini dia sudah ada surau sendiri. Dia boleh terapkan ilmunya di surau itu.

Wahabi menentang perayaan ini. Mereka samakannya dengan sambutan agama lain terhadap pengasas agama mereka. Hujah mereka, para sahabat tidak menyambutnya.

Sambutan hari lahir tidak diajar oleh Nabi. Dalam Islam tidak ada sambutan hari lahir. Budaya menyambut hari lahir bukan dari islam.

Kisah Nabi diceritakan bukan pada sambutan Maulid saja. Sebaliknya, kisah Nabi adalah kisah untuk sepanjang masa. Malah kisah Nabi kita adalah rentetan sejarah Nabi dan Rasul sejak Nabi Adam lagi. Al-Quran adalah himpunan semua kisah tersebut.

Terlalu banyak yang perlu dikisahkan tentang Nabi kita. Tak sempat dihabiskan dalam masa sambutan Maulid itu.

Bacaan Qasidah Barzanji dan Diba'ie adalah makanan rohani untuk sepanjang masa. Bukan untuk hari-hari maulid saja.

Bacaan Selawat dihiasi dengan iringan nasyid dan muzik dapat menyuburkan makanan rohani ini.

Saya suka baca puisi Al-Amin gubahan A.Samad Said yang diilhamkan dari sirah Nabi karangan Ahmad Khaled dan Martin Ling.

Saya sudah berpeluang menziarahi pusara Nabi di Masjid Madinah. Salam ke atasmu, wahai Nabi. Salam dariku. Ku cuba amalkan segala ajaranmu. Semoga aku mendapat syafaatmu di Akhirat kelak. Semoga aku dapat minum air telaga kausar yang diberi oleh tanganmu.

Oh Nabi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan