Isnin, 22 Februari 2010

Kerajaan Islam

SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM

Keistimewaannya Berbanding Dengan Sistem Politik

SISTEM pemerintahan Islam tidak menyamai bentuk-bentuk kerajaan yang biasa. Ia bukan semata-mata sebuah kerajaan di mana ketua negaranya memerintah dengan pendapatnya sendiri, mensia-siakan harta dan hidup rakyat. Rasulullah (s.’a.w), Khalifah-Khalifah Amir al-Mu’minin ‘Ali (‘a.s) dan semua Imam tidak mempunyai kuasa untuk mensia-siakan harta dan hidup rakyat. Kerajaan Islam bukan semata-mata kerajaan malah ia juga adalah perlembagaan tetapi bukan dengan makna perlembagaan biasa yang digambarkan dalam sistem parlimen atau dewan-dewan rakyat, sebaliknya ia adalah perlembagaan dengan ertikata bahawa orang-orang yang menjalankan pemerintahan adalah terikat dengan sekumpulan syarat-syarat dan dasar-dasar yang telah disyari’atkan di dalam al-Qur’ãn dan Sunnah serta yang digambarkan tentang kemestian menjaga sistem dan mempraktikkan undang-undang Islam juga peraturan-peraturannya. Ini bererti bahawa kerajaan Islam itu adalah kerajaan undang-undang Ilahi. Terdapat perbezaan di antara kerajaan Islam dengan kerajaan-kerajaan monarchy berperlembagaan juga republik dalam mana wakil rakyat atau wakil raja adalah merupakan orang yang membuat undang-undang dan menggubalnya sedangkan kuasa penggubalan adalah terbatas kepada Allah Yang Maha Mulia Dan Agung. Tiada seorang walau bagaimanapun kedudukannya, boleh menggubal, tiada seorang pun boleh menghukum tanpa kuasa yang diturunkan oleh Allah. Inilah sebabnya mengapa Islam telah menukar majlis perundangan dengan majlis lain yang bertugas untuk merancang, bekerja untuk menyusun perjalanan kementerian-kementerian di segi tugas-tugas serta sumbangan khidmatnya dalam semua bidang.

Setiap yang terdapat di dalam al-Qur’an dan Sunnah mesti diterima dan dipatuhi pada pandangan orang-orang Islam. Kepatuhan ini memudahkan negara di segi tanggungjawab-tanggungjawabnya sedangkan di dalam kerajaan monarchy berperlembagaan atau republik apabila majoriti telah menggubal sesuatu maka kerajaan selepas itu akan bertindak memaksa rakyat supaya mematuhi dan mengikut walau pun dengan menggunakan kekerasan bila ianya (dianggap) perlu.

Kerajaan Islam adalah kerajaan undang-undang. Pemerintah (sebenar) hanyalah Allah, Dialah yang menggubal bukan yang lain, undang-undang Allah mesti dilaksanakan pada semua manusia bahkan terhadap kerajaan itu sendiri. Setiap individu, Rasululläh (s.’a.w), pengganti-penggantinya, semua manusia mengikut apa yang telah disyari’atkan keatas mereka oleh Islam yang diturunkan bersamanya Wahyu dan diterangkan oleh Allah di dalam al-Qur’ãn atau melalui lidah RasülNya.

Rasülulläh (s.’a.w) yang mulia telah dilantik oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi untuk menghukum ke atas manusia dengan adil dan tidak mengikut hawa nalsu, Allah telah menurunkan kepadanya Wahyu supaya baginda menyampaikan apa yang telah diturunkan ke atasnya kepada orang yang akan menggantikannya. Rasül telah mengikut ketentuan ini dan telah melantik Amir al-Mu’minin ‘Ali sebagai penggantinya. Baginda di dalam membuat penentuan ini bukanlah didorong oleh faktor bahawa ‘Ali adalah menantunya, atau ‘All telah bekerja keras dan mempunyai khidmat-khidmat yang cemerlang, tetapi adalah kerana Allah yang telah memerintahkannya supaya berbuat demikian.

Demikianlah, sesungguhnya kerajaan di dalam Islam bererti mengikut undang-undang dan melaksanakannya. Kuasa-kuasa yang terdapat pada Nabi dan pemerintah-pemerintah yang berautoritas selepasnya adalah didatangkan daripada Allah. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan (kita) supaya mengikut Nabi dan pemerintah selepasnya:

“Dan taatilah Rasul dan penguasa dari kamu.”

Tiada lagi tempat bagi pendapat-pendapat dan hawa nafsu dalam kerajaan Islam. Nabi, khalifah, Imam dan orang ramai semuanya menurut kehendak Allah dan syari’atNya.

Kerajaan Islam tidak berbentuk monarchy (beraja), tidak Shãhanshãh dan tidak juga empayar, kerana Islam itu suci dari pemborosan dan mempermudah-mudahkan nyawa dan harta orang ramai tanpa hak. Justeru itu di dalam pemerintahan Islam tidak terdapat istana-istana yang besar sepertimana yang terdapat dengan banyaknya di kalangan raja-raja, khadam-khadam yang ramai, Balai-balai Rong, Dewan Tengku Mahkota dan lain-lain perkara yang sebenarnya hina tetapi menelan setengah atau sebahagian besar dari kekayaan negara. Kehidupan Rasülullãh (s.‘a.w) yang agung sepertimana yang kamu ketahui adalah dalam tahap yang amat sederhana, sekali pun baginda mengetuai negara, menjalan dan memerintahnya sendiri. Cara ini berterusan selepas baginda hingga ke satu masa sebelum golongan Umayyah merebut kuasa. Pemerintahan ‘All bin Abi Tãlib (‘a.s) sebagaimana yang kamu ketahui adalah pemerintahan Islah, belau hidup dengan begitu sederhana. Beliau mengendalikan negara yang sangat luas, merangkumi Iran, Mesir, Hijãz dan Yaman yang semata-mata menjadi daerah yang menurut perintahnya. Saya tidak menyangka bahawa sesiapa sahaja dari kalangan orang faqir kita mampu untuk mengikuti cara gaya hidup yang dialami oleh ‘Ali(‘a.s). Pernah diceritakan bahawa ketika beliau mempunyai dua helai baju (Jubah), beliau telah memberikan yang lebih baik di antara keduanya kepada Khadamnya (Qanbar) sementara dia memakai yang satu lagi. Manakala beliau mendapati lebihan di lengan bajunya maka beliau memotongnya. Sekiranya cara tersebut berterusan hingga ke hari ini tentulah orang ramai akan mengenal rasa kebahagian dan perbendaharaan negara tidak akan dirampas untuk dibelanjakan kepada perkara-perkara yang keji dan mungkar, perbelanjaan dan pembiayaan istana. Kamu semua mengetahui bahawa sebab kerosakan masyarakat kita adalah berbalik kepada kerosakan keluarga pemerintah serta keluarga diraja. Manakah undang-undang yang membolehkan pemerintah-pemerintah itu membangunkan rumah-rumah hiburan, tempat-tempat fasad, kekejian dan kemungkaran ini, padahal mereka meruntuhkan rumah-rumah di mana Allah mengizinkan namaNya disebut dan dikumandangkan di situ. Kalaulah tidak istana berbelanja dengan membazir dan menggelapkan peruntukan maka tentulah belanjawan negara tidak akan mengalami kekurangan dan mendorong negara supaya berhutang daripada Amerika dan England dengan penuh hina dan nista kerana mengambil pinjaman itu. Adakah minyak kita telah kurang? Atau adakah galian kita yang tersimpan dibawah bumi yang baik ini telah kering? Kita memiliki semuanya. Kita tidak perlukan bantuan daripada Amerika dan yang lainnya, kalau istana tidak membelanja dan membazirkan harta-harta rakyat. Ini dari satu segi. Dari segi yang lain pula disana terdapat agensi-agensi kerajaan yang tidak diperlukan. Ia telah memusnahkan rakyat, tenaga, kertas dan perkakas-perkakas. Pembaziran ini adalah haram dalam syari’at kita, kerana ianya menambahkan lagi problem orang ramai, membuang masa dan tenaga mereka, mengeringkan harta-harta yang mereka perlukan secara langsung. Di dalam Islam - dizaman pemerintahannya - kehakiman telah dijalankan, hukum-¬hukum Hudud dan Ta’zir telah dilaksanakan dan segala perbalahan telah diselesaikan dengan penuh kesaksamaan. Untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut hakim telah berpuashati ianya dilakukan oleh sejumlah kecil (orang) tertentu dengan menggunakan beberapa batang pensel, sedikit dakwat dan kertas. Di sebalik ini semua hakim akan mengarahkan orang ramai supaya bekerja untuk hidup terhormat dan mulia. Tetapi kini hanya Allah sahaja yang mengetahui bilangan jabatan keadilan dan biro-biro pegawainya. Semuanya telah gersang, tidak dapat mnyumbangkan manfaat kepada orang ramai selain dari menyebabkan mereka (berada didalam) ketenatan dan penderitaan, membuang masa dan harta seterusnya kehilangan pengadilan dan hak-hak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan