Khamis, 4 Februari 2010

Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Semasa belajar di Mesir, kebanyakan pelajar Malaysia terdedah dengan bahan bacaan yang diterbitkan oleh Ikhwan Muslimin, walaupun Mesir mengharamkan secara rasmi. Saya pun banyak membaca tulisan mereka.

Kitab Induk mereka ialah karya Imam Hasan Al-Banna sendiri: Majmu'ah Rasail, Muzakkirat Dakwah dan Hadits Tsulatsa'. Zikir Ma'tsurat juga saya amalkan. Seterusnya buku Pendakwah Bukan Penghukum karya Mursyid kedua, Hasan Hudhoibi. Karya Mursyid ketiga iaitu Umar Tilmisani antaranya Syahidul Mihrab (Saidina Umar bin Khattab). Saya berada di Mesir semasa Mursyid keempat iaitu Hamid Abu Nasr.

Mursyid Kelima ialah Mustafa Masyhur yang menulis Siri Toriqud Dakwah. Mursyid Keenam ialah Makmun Hudhoibi (anak kepada Mursyid Kedua). Ketujuh ialah Mahdi Akif. Dan sekarang yang kelapan: Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy, Mursyid Am Ke Lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Penulis Ikhwan yang terkenal ialah Fathi Yakan, Said Hawwa, Yusuf Qardhawi, Syed Qutub, Abdul Karim Zaidan, Abdul Majid Zindani dan Abdullah Azzam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan