Selasa, 9 Februari 2010

Kafi Kulaini

الاصول من الكافي تأليف ثقة الاسلام أبي جعفر محمد بن يعقوب بن اسحاق الكليني الرازي رحمه الله المتوفى سنة 328 / 329 ه‍ مع تعليقات نافعة مأخوذة من عدة شروح صححه وعلق عليه علي اكبر الغفاري نهض بمشروعه الشيخ محمد الاخوندي الجزء الاول * الطبعة الثالثة 1388 ه‍ الناشر: دار الكتب الاسلامية مرتضى آخوندى تهران - بازار سلطاني
Kitab Usul Kafi Karangan Tsiqah Islam, Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak Al-Kulaini Ar-Razi (rahimahullah) yang wafat pada tahun 328 / 329 Hijrah.
Bersama Komentar yang berguna yang dipetik dari beberapa Syarah. Disemak dan diberi komentar oleh Ali Akbar Al-Ghifari.
Projek ini diusahakan oleh Sheikh Muhammad Al-Akhundi.
Juzuk 1. Cetakan ke-3. 1388 Hijrah.
Penerbit: Pustaka Kutub Islamiah. Murtadha Akhundi. Teheran – Bazar Sulthani.

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله المحمود لنعمته المعبود لقدرته، المطاع في سلطانه المرهوب لجلاله، المرغوب إليه فيما عنده، النافذ أمره في جميع خلقه، علا فاستعلى ودنا فتعالى، وارتفع فوق كل منظر، الذي لا بدء لأوليته، ولا غاية لأزليته، القائم قبل الأشياء، والدائم الذي به قوامها، والقاهر الذي لا يؤوده حفظها والقادر الذي بعظمته تفرد بالملكوت وبقدرته توحد بالجبروت، وبحكمته أظهر حججه على خلقه.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
Segala puji kepada Allah, Yang dipuji kerana nikmatNya. Yang disembah kerana KudratNya. Yang ditaati dalam kerajaanNya. Yang digeruni kerana KeagunganNya. Yang dikasihi kerana memiliki apa di sisiNya. Yang melaksanakan perintahNya pada seluruh makhlukNya. Yang tinggi
dan menuntut ketinggian. Yang mendekati dan menjauhi. Yang jauh dari segala pandangan. Yang tiada permulaan bagi sifat AwalNya. Yang tiada penghujung bagi sifat AbadiNya.
Yang berdiri sebelum segala sesuatu. Yang sentiasa Ada, dengannya berdiri segala sesuatu. Yang Gagah, yang tidak membebankannya urusan menjaga segala sesuatu. Yang berkuasa, yang dengan keagungannya, Dia Esa mentadbir alam Malakut. Dengan KudratNya, Dia Esa mentadbir alam Jabarut. Dengan hikmahNya, segala HujahNya jelas kepada seluruh makhlukNya.
اخترع الأشياء إنشاء، وابتدعها ابتداء، بقدرته وحكمته، لا من شئ فيبطل الإختراع ولا لعلة فلا يصح الابتداع، خلق ما شاء كيف شاء، متوحدا بذلك لإظهار حكمته، وحقيقة ربوبيته، لا تضبطه العقول، ولا تبلغه الأوهام، ولا تدركه الأبصار، ولا يحيط به مقدار، عجزت دونه العبارة، وكلت دونه الأبصار، وضل فيه تصاريف الصفات. احتجب بغير حجاب محجوب، واستتر بغير ستر مستور، عرف بغيررؤية، ووصف بغير صورة، ونعت بغير جسم،
Allah mencipta segala sesuatu dari tiada. Dari awal, ciptaanNya diwujudkan. Dengan Kudrat dan HikmahNya. Bukan dicipta dari sesuatu yang telah ada. Maka tidak dinamakan Ciptaan. Bukan dari sebarang penyebab, maka tidak dinamakan Baharu.
Dia mencipta apa saja yang dikehendakiNya, dan bagaimana yang dikehendakiNya. Dia melakukannya dengan KeesaanNya untuk menjelaskan HikmatNya dan menjelaskan Hakikat KetuhananNya.
Akal tidak mampu mencapai hakikatNya, fikiran tidak sampai memikirkanNya. Mata tidak mampu melihatNya. Sebarang ukuran tidak dapat meliputiNya. Segala kata-kata lemah di bawahNya. Mata lemah di bawahNya. Segala bentuk sifat tidak menemui kebenaran padaNya.
Dia terhijab tanpa hijab yang menutupiNya. Dia bersembunyi tanpa tabir yang menyembunyikanNya. Dia dikenali tanpa dilihat. Disifatkan tanpa rupa. Diberi sifat tanpa jisim.
لا إله إلا الله الكبير المتعال، ضلت الأوهام عن بلوغ كنهه، وذهلت العقول أن تبلغ اية نهايته، لا يبلغه حدوهم, ولا يدركه نفاذ بصر، وهو السميع العليم، احتج على خلقه برسله، وأوضح الأمور بدلائله، وابتعث الرسل مبشرين ومنذرين، ليهلك من هلك عن بينة ويحيى من حي عن بينة، وليعقل العباد عن ربهم ما جهلوه، فيعرفوه بربوبيته بعدما أنكروه، ويوحدوه بالإلهية بعد ما أضدوه
Tiada Tuhan Melainkan Allah yang Maha Besar Maha Tinggi.
Fikiran tidak menepati kebenaran tentang hakikat ZatNya. Akal lemah untuk mencapai sebarang penghabisanNya. Tidak dicapai oleh sebarang takrif. Tidak ditembusi oleh penglihatan mata. Sedang Dia Maha Mendengar Maha Mengetahui.
Dia menjadikan para RasulNya sebagai hujah ke atas makhlukNya. Menjelaskan segala perkara dengan dalil dan buktiNya. Mengutus para Rasul membawa khabar gembira dan ancaman bahaya. Agar jika seseorang binasa, maka dengan dalil. Jika seseorang hidup, maka dengan dalil.
Agar para hambaNya mengenali Tuhan mereka yang asalnya mereka tidak tahu. Agar mereka mengakui KetuhananNya yang asalnya mereka engkarkan. Dan agar mereka mentauhidkan KetuhananNya yang sebelum itu mereka syirikkan.
أحمده، حمدا " يشفي النفوس، ويبلغ رضاه ويؤدي شكر ما وصل إلينا، من سوابغ النعماء، وجزيل الآلاء وجميل البلاء. وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، إلها " واحدا " أحدا " صمدا " لم يتخذ صاحبة ولا ولدا "
Aku memujiNya dengan kepujian yang menyembuh hati, dan mencapai RedhaNya, dan memenuhi syukur nikmat yang kita perolehi.
Aku naik saksi bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. Tuhan yang Esa dan pusat segala tumpuan. Yang tidak mengambil isteri dan anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan