Isnin, 30 Disember 2013

Siapakah Rijalul ghaib?

Satu qasidah dikarang oleh Ali Zainal Abidin bin Husain r.a. Tawasul dengan ahli Allah dan rijal Allah yang dikenali sebagai Rijalul ghaib. Hamba Allah rijal Allah tolonglah kami dengan pertolongan Allah Jadilah kamu pertolongan kepada Allah, semoga kami mendapat kurnia Allah Dengan hak Allah rijal Allah tolonglah kami dengan pertolongan Allah Maka wahai wali qutub, wali Autad, wali Abdal dan wali Asyad Jawablah wahai yang memberi pertolongan dengan kami berikan syafaat Allah

Jumaat, 10 Mei 2013

Siapa ibubapa kita?

Masih teringat kata Profesor Muhaya dalam program Celik Hati di tv9 semalam. Katanya ibubapa kita adalah ibubapa yang paling baik buat kita. Kita tidak boleh merasa takdir salah memilih ibubapa kita. Oleh itu, hendaklah kita hargai mereka berdua.

Rabu, 8 Mei 2013

Apa bezanya selepas PRU 13?

BN masih kekal jadi kerajaan Malaysia. Negeri Kedah kembali ke bawah BN. Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor masih di bawah PR. Banyak janji kerajaan perlu dilunaskan. Menteri Besar ada yang kekal, ada yang bertukar. DAP mendapat sokongan majoriti rakyat Cina. Nampaknya Berjasa kalah semua calon. Namun jumlah undi yang mereka dapat 30 ribu lebih. Mereka anggap ini satu petanda baik.

Ahad, 21 April 2013

PRU 13: Nak undi siapa?

Sebagai ahli ISMA, saya ikuti dari jauh apa yang sedang diperjuangkan oleh kawan-kawan saya. Mereka akan bertanding di beberapa kawasan Parlimen dan DUN. Mereka menggunakan platform parti Berjasa. Seperti biasa di Mesir dulu, PAS selalu meragui perjuangan kami. Mujurlah Presiden ISMA dapat menerangkan keadaan sebenar melalui Buletin ISMA. Walaupun Berjasa tidak bertanding di kawasan saya, namun saya tetap menyokong mereka. Semoga perjuangan mereka membuahkan hasil.

Rabu, 31 Oktober 2012

Kahwin cerai

Saya sudah 3 kali kahwin dan 2 kali bercerai. Kali pertama saya kahwin dengan sepupu saya. Cuma bertahan 3 bulan. Proses cerai 6 bulan. Tak sampai setahun perkahwinan kami. Kali kedua pula selama 6 tahun. Dengan jiran mak saudara saya.Dapat seorang anak lelaki. Apabila sakit saya serang saya kali kedua, isteri saya ambil keputusan untuk berpisah. Saya sakit skizopernia. Sakit ini saya hadapi setelah 6 tahun berada di Mesir. Kali ketiga kekal hingga sekarang. Sudah 6 tahun. Harap kekal hingga mati. Kali ini saya kahwin dengan anak saudara kepada emak sepupu saya.

Ahad, 14 Oktober 2012

Pilihan Nahjul Balaghah

Kata-kata Saidina Ali k.w.j: 1-Apabila seseorang Mukmin membuat saudaranya marah bermakna dia sudah berpisah daripadanya. 2-Sejahat-jahat saudara ialah orang yang terpaksa berbaik dengannya kerana paksaan menyebabkan kesusahan, maka ia adalah kejahatan yang pasti muncul dari saudara yang terpaksa berbuat baik kepadanya. Oleh itu, dia adalah sejahat-jahat saudara. 3-Allah tidak mengambil atas ahli jahil agar mereka belajar hinggalah Dia mengambil atas ahli ilmu agar mereka mengajar. (Sheikh Muhammad Abduh berkata: Sebagaimana Allah mewajibkan orang jahil agar belajar, Dia juga mewajibkan orang alim agar mengajar.) 4-Dosa yang paling besar ialah dosa yang dirasai ringan oleh pelakunya. 5-Qanaah adalah harta yang tidak akan habis. (Setengah perawi meriwayatkan kata-kata ini daripada Rasulullah s.a.w.) 6-Tiada kebaikan pada berdiam diri daripada hukum sebagaimana tiada kebaikan berkata-kata dengan kejahilan. 7-Tauhid adalah engkau tidak merasa syak padaNya, dan adil adalah engkau tidak menuduhNya. 8-Ada 2 orang lelaki yang binasa kerana saya: Orang yang mencintaiku dengan terlampau dan pendusta yang berdusta. (Ini sama dengan katanya: Binasa padaku 2 orang lelaki: Orang yang terlampau mencintaiku dan orang yang terlampau membenciku.)

Khamis, 20 September 2012

Nabi Muhammad Dihina Lagi

Macam bermusim penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW. Dulu Salman Rushdie.. kemudian pelukis karton. Sekarang penerbit Filem Innocense of Muslims (betul tak ejaan English ni?).. Setiap kali ada penghinaan, umat Islam akan bangkit.. Ada yang sampai tergadai nyawa.. Kesannya imej Islam dikotori lagi.. Kita tahu Yahudi di sebalik filem itu.. mereka sengaja nak naik darahkan umat Islam... Tapi saya belum lihat filem tu.. setakat mana penghinaan kepada Nabi kita? Adakah sekadar melakonkan watak Nabi maka ia dianggap penghinaan? Hukum Islam memang mengharamkan watak Nabi dilakonkan.. bukan setakat Nabi.. 4 khalifah besar pun diharamkan.. semata-mata untuk hormati mereka..