Sabtu, 23 Jun 2012

Mesir berlaku keajaiban

Siapa sangka Ikhwanul Muslimin akan berjaya memerintah Mesir? Inilah hasil kesabaran para aktivis Islam di sana. Sudah berapa tahun mereka berjuang? Akhirnya buah sudah masak. Diharap pengalaman lama mereka dapat memberi banyak idea untuk memartabatkan ummah seterusnya. Kita tidak mahu melihat kekalahan dari segi strategi berlaku lagi di sana sebagaimana yang berlaku semasa Zaman Hasan Hudhoibi dulu (1952).

Jumaat, 15 Jun 2012

Keluarga Yasin

Bila kita baca al-Quran, surah As-Soffat, ayat 130, maka kita akan jumpa ayat ini. Salamun 'ala ilyasin. bererti: Salam sejahtera ke atas Ilyas a.s. Saya baca tafsir Al-Qurtubi tentang ayat ini. Terdapat 2 cara bacaan yang berbeza terhadap ayat ini. 1-Salamun alal yasin. 2-Salamun ala aali yasin. Qurtubi berkata: ketiga-tiga ayat ini membaca makna yang sama. Iaitu Salam sejahtera ke atas Nabi Ilyas a.s. Namun ada satu hadis yang memberi makna yang berbeza kepada tafsir ini. Hadis itu berbunyi: Para mukminin terdiri dari 4 keluarga: 1-Keluarga Ibrahim 2-Keluarga Imran 3-Keluarga Muhammad 4-Keluarga Yasin Jelas dari hadis ini, keluarga Yasin adalah berbeza dari Nabi Ilyas a.s. Soalannya, siapakah mereka? Bilakah mereka hidup? Di zaman mana? Adakah di zaman kita? Apatah lagi, ada surah Yasin yang menempatkan nama Yasin di permulaan surah. Ada hadis yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan namanya ada 4: 1-Muhammad 2-Ahmad 3-Toha 4-Yasin Adakah benar Nabi Muhammad dan Yasin adalah orang yang sama?

Ahad, 10 Julai 2011

hukum berdemo

Isu panas sekarang ialah demo Bersih. Apa hukumnya? ada yang kata haram dan ada yang kata harus. Untuk menjawab soalan ini kita perlu melihat realiti sekarang. Adakah kerajaan yang mengharamkan demo itu didirikan atas kebenaran atau tidak?
Jadi persoalan perjuangan Islam perlu difahami.

Semasa di Mesir dulu, berlaku peristiwa bom di beberapa tempat terutama di kawasan perlancongan. Bila Naqib saya ditanya apa hukumnya, dia jawab kita tidak akan melakukannya. Tetapi kita memberi sokongan kepada pelakunya, untuk menggoncang keegoan pemerintah sekarang.

Rabu, 4 Mei 2011

Berapa kali Usamah dibunuh?

Hari ini disiarkan sekali lagi berita kejayaan Amerika membunuh Usamah. Kemudian ternyata gambar yang disiarkan adalah gambar palsu. Tetapi apa boleh buat? Dunia dikuasai media mereka. Tok dah lama makan asam. Telah berpengalaman dengan tipudaya musuh. Kesian tengok orang awam yang lurus dan betul bendul.

Khamis, 7 April 2011

zaman fitnah

terbaca harakah terbaru, ada artikel tentang zaman fitnah. teringat pulak saya kepada blog saya ini yang bermotokan era fitan yang bermakna zaman fitnah-fitnah.

zaman di mana cd lucah menjadi tontonan umum di parlimen malaysia. tak rasa malu ke?

Ahad, 13 Februari 2011

Ayat Allah di Mesir

Melihat perkembangan di Mesir, bumi pengajian saya, saya optimis bahawa Islam akan bangkit kembali. Kebangkitan rakyat Mesir di segenap pelusuk daerah Mesir tentu mendapat arahan dari para mursyid di sana. Sudah 30 tahun Husni Mubarak diberi masa untuk berubah, namun nampaknya tidak mengambil kesempatan selama itu.

Selasa, 21 Disember 2010

Ekonomi sekarang

Sesudah menutup bisnes cybercafe saya, saya sekarang jadi penceramah agama di surau.
pendapatan saya sekarang dari 3 sumber.
1-saguhati mengajar di surau
2-rumah sewa tapak kedai cybercafe dulu
3-rumah sewa kediaman
alhamdulillah, pendapatan ini sudah cukup untuk dapat hidup secara sederhana.
pinjaman belajar tajaan Yayasan Terengganu dulu masih belum habis dibayar.