Sabtu, 28 Ogos 2010

Malaysia Corak Amerika

Syed Qutb menulis dalam bukunya bertajuk: Ke Arah Masyarakat Islam (Nahwa Mujtama' Islami) pada muka surat 8:

Tetapi aku tahu bagaimana kehidupan di Amerika, negara pengeluar yang besar, kemewahan melampau dan keseronokan tanpa sempadan.. Aku saksikan rakyatnya, di mana kegelisahan mental memakan hidup mereka meskipun kelihatan amat mewah, penuh nikmat dan segala alat kesenangan. Keseronokan mereka adalah mengobarkan nafsu dan kehaiwanan. Engkau boleh bayangkan bahawa mereka sentiasa lari dari hantu yang mengejar mereka. Mereka adalah alat-alat yang bergerak secara gila, cepat dan berkobar, yang tidak pernah berhenti. Seringkali engkau boleh bayangkan bahawa rakyatnya berada dalam satu mesin yang berpusing tidak henti-henti siang malam, pagi petang. Mesin itu mengisar mereka dan mereka juga mengisar, tidak berhenti sesaat pun. Mereka tidak merasa tenang kepada diri mereka dan kepada kehidupan di sekeliling mereka, itu pun jika mereka merasa kewujudan sekeliling mereka. Tidak ada di sana sesaat pun untuk merenung, hinggakan untuk merasai kehidupan itu sendiri yang sedang berjalan. Hingga semasa mereka melalui waktu-waktu berehat, bersukan, di tempat makan angin, di taman, di tepi pantai, tasik.. kau lihat mereka masih juga berada dalam SIBUK, seperti kesibukan semasa waktu kerja. Yang berbeza cuma mereka berpindah tempat dan berpindah kerja. Tapi tiada kerehatan, kedamaian, renungan dan ketenangan.

Mereka banyak mengeluarkan. Tidak dinafikan. Mereka dapat banyak keuntungan. Ini pun tidak dinafikan. Tapi kepada siapa mereka mengeluarkan dan mereka menguntungkan siapa? Semata-mata kepada keuntungan itu sendiri dan semata-mata kepada pengeluaran itu sendiri. Unsur kemanusiaan tiada wujud di situ. Perhatikan keuntungan itu dan pengeluaran itu. Perhatikan perasaan yang mendorongnya, dan kesannya pada pemikiran yang hidup dan hati yang hidup. Dapatkah engkau bezakan di sana antara perasaan manusia dengan fungsi mesin?... Semua ini tidak engkau lihat pada kerut muka mereka dan tidak dibayangkan oleh percakapan mereka!

Yang ada ialah satu mesin yang bergerak siang malam: mengisar dan menyelerakkan objek yang dikisar. Dan kemudian sekali lagi ia mengumpulkannya untuk dikisar semula! Manakala manusia, objek, masa dan tempat.. semuanya berpusing dalam mesin bergerak itu yang tidak pernah rasa letih dan jemu, dan tidak berhenti sesaatpun dari berpusing..

Ia adalah pemutaran!!!

2 ulasan:

  1. hermmm, syed qutb, asma pnah dgr pasal syed qutb. rasenyer, die dihantar government mesir ke US n die dapat ISlam kat US. kan? saye pun xsure sgt..

    Asma suka 2 ayat nie. "Engkau boleh bayangkan bahawa mereka sentiasa lari dari hantu yang mengejar mereka. Mereka adalah alat-alat yang bergerak secara gila, cepat dan berkobar, yang tidak pernah berhenti" &"Dapatkan engkau bezakan di sana antara perasaan manusia dengan fungsi mesin.."

    Apa yg asma lihat n asma rasa, diorang nie amat rajin n amat value masa.. jarang nampak diorg buang masa kecuali time parti malam2 weekend.. kalu nak tgk org malaysia n US mcm langit ngan bumi. dalam kelas pun boleyh rasa.. kalu kate mcm mesin, asma setuju tapi diorg nie adalah orang-orang yg berfikir. kalu diorg nie ISlam, tak tahulah betapa banyak pahala diorng.. Allahualam..


    tapikan disamping diorg kejar masa, kejar belajar bekerja dioarg nie penuh dgr nilai2 murni.. xsalah asma ade satu kata2 syed qutb masa dia kat US. " Aku nampak nilai2 islam dipegang oleh orang-orang bukan ISlam di US" . cbe ayah shin tengok..=)

    thanks for sharing.. asma rasa asma kurang observe bnd2 sekeliling asma. xmacam syed qutb..=) IA, asma try to observe more n xjadi mesin macam diorg. kengkadang mmg rasa macam mesin pun.. belajar n belajar cuma matlamat berbeza dgn diorh.. Allahualam..

    BalasPadam