Khamis, 1 April 2010

Kreatif sifat islamik

Ini adalah bahagian kedua kepada tajuk Amalan sesudah Mati.

Hadis Nabi: Sesiapa yang membuat satu sunnah yang baik, lalu diikuti oleh orang lain, maka dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang mengikutinya itu.

Dari hadis ini, Nabi menganjurkan umat islam supaya kreatif dalam melakukan kebajikan. Apabila kita mati, maka pahala kita akan terus dimasukkan ke dalam buku kita apabila sunnah (kebajikan) yang kita mulakan itu diikuti orang.

Oleh itu, para sahabat Nabi berlumba-lumba bertafakur memikirkan apakah sunnah (kebajikan) yang ingin mereka mulakan.

Umar mula mengumpul jemaah untuk solat terawih berjemaah. itu sunnah Umar.
Usman mula menulis Mushaf Resam `Uthmani. itu sunnah Usman.
Ali mula menyusun ilmu Nahu Arab. itu sunnah Ali.

Begitulah juga ulamak islam seterusnya mula mengarang kitab-kitab yang menjadi asas ilmu-ilmu Islam yang banyak.

Oleh itu, kita pun perlu kreatif untuk memulakan sesuatu (kebaikan) yang baru untuk diikuti oleh orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan