Ahad, 28 Mac 2010

Amalan sesudah mati

Insya Allah, saya akan sebut tentang tajuk ini.

Semua orang akan mati. Amalan orang itu pun terhenti apabila nafasnya berakhir.
Apakah pahala yang dihadiahkan kepada orang mati akan menambahkan amalannya?
Itulah antara perdebatan ulamak. Hujah masing-masing amat banyak.

Apabila disebut si fulan telah mati, seiringnya diminta bacalah al-fatihah untuknya. Apakah pahala al-fatihah itu akan dimasukkan dalam buku amalannya yang sudah ditutup?

Saya bukan ahli fekah yang mempunyai hujah masing-masing untuk menyokong pendapat mereka.

Saya sekadar budak kampung, yang apabila terjadi kematian, saya (masa budak-budak) selalunya tahlil 7 malam. Sekarang sudah kurang yang buat 7 malam, ramainya 3 malam sahaja.

Soal harta adalah soal yang menarik untuk disentuh. Harta kita sebenarnya banyak. Lebih dari yang kita perlukan. Tak percaya? Cuba bayangkan kita mati hari ini juga. Alangkah banyaknya harta kita yang akan diagih-agihkan tanpa sedikitpun mendapat pahala kepada kita. Sebabnya ia diagihkan bukan mengikut kerelaan kita.

Sekiranya kita agih-agihkan harta kita semasa kita masih sihat dan masih hidup, banyak pahala yang kita dapat.

1 ulasan:

  1. amalan sesudah mati berdasarkan hadis nabi, bila mati anak adam, terputus amalannya, kecuali 3.

    1. anak soleh yang mendoakannya
    2. Ilmu kebenaran yang di ajarkannya, berpanjangan selama mana ada yang mengamalkannya
    3. harta yang di belanjakan, untuk syiar islam, selama mana di gunakan akan sampai kebaikan amalan itu kepadanya

    en hasin boleh ulas, dengan tertib hal hadis itu dari sanad yg benar, silakan

    BalasPadam