Khamis, 4 Februari 2010

Pelaburan yang menguntungkan

Saya minat membeli buku agama. Saya kira ia satu pelaburan yang menguntungkan. Kalau sudah minat seseorang penulis, saya akan mencari dan membeli semua tulisannya. Antara penulis yang saya minat ialah:

1-Syed Qutb. Dia seorang ahli sastera. Oleh itu, semua bukunya memiliki ciri sastera yang tinggi. Antara bukunya ialah Fi Zhilal Al-Quran, Masyahid Qiamah fil Quran,Islam was Salam 'Alami, Al-Mustaqbal Li hazad Din dan Naqdul Adabi.

2-Bassam 'Asali. Dia seorang askar dan pengkaji sejarah perang. Saya miliki 2 koleksi tokoh Islam. 10 tokoh Khalifah. 15 tokoh Panglima Perang. Di samping itu, 2 siri Perjuangan Algeria melawan Perancis, 1 Sejarah Bosnia dan 1 sejarah Izzuddin Qassam.

3-Yusuf Qardhawi. Dia ulamak terkenal yang menyertai Dakwah Ikhwan sejak zaman mudanya. Dia juga pandai mengarang puisi. Antara koleksi puisinya ialah Nafahat wa Lafahat dan Muslimun Qadimun. Buku Hadisnya ialah Muntaqa 2 jilid. Buku Feqahnya, Fatawa Mu'asorah 2 jilid. Buku Harakinya banyak sekali. Siri Sohwah Islamiah 3 siri. Hulul Mustauradah, Al-Hallu Al-Islami.. terlalu banyak hingga tak cukup satu mukasurat di belakang buku-bukunya.

4-Hamka. Dia ulamak Indonesia yang memperjuangkan dasar Muhammadiyah. Saya mengumpul juzuk-juzuk Tafsir Al-Azhar, satu persatu, hingga sekarang sudah ada 15 juzuk. Dia juga mengarang Tasauf Moderen. (saya catat buku yang saya miliki saja).

5-Ahmad Deedat. 3 Perdebatannya dengan Paderi. Di samping The Choice. Koleksi 8 buah artikelnya.

6-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani. Tokoh ulama Tasauf. Fathur Rabbani, Futuhul Ghaib dan Soidul Khathir. Di samping buku feqah mazhab Hambali, bertajuk Al-Ghunyah.

7-Abdullah 'Azzam. Risalahnya banyak dan ringkas. Semuanya berlegar sekitar hukum Jihad dan kelebihannya.

8-Jamal Abdul Hadi. Pensyarah sejarah di Universiti Saudi. Buku-bukunya mengkaji semula catatan sejarah Islam.

9-Muhammad Al-Ghazali. Pendakwah terkenal. Penulis buku Humum Da'iyah, Al-'Ilal wa Adwiyah, Al-Haqqul Murr dan Dustur Wihdah Fikriah.

Semoga ilmu yang saya dapati dari pembacaan tulisan ulamak Islam ini membuka jalan kepada Hidayah Allah. Ameen.

1 ulasan:

  1. Saya juga minat tulisan Ahmad Rasyid:
    1-Muntolaq.
    2-'Awa'iq.
    3-Masar.
    4-Sina'atul Hayah.

    Di samping buku terbitan milik beliau:
    1-Afaq bi La Hudud - Tikriti
    2-Fi Qithar Ad-Dakwah - Adil Shuwayyikh

    Di samping risalah2 kecil dalam siri Fiqh Dakwah.

    BalasPadam